Pengaruh fizikal dan personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar Sekolah Menengah Kerajaan Riam Taman Tunku di Miri

Bong, Siet Nee (2007) Pengaruh fizikal dan personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar Sekolah Menengah Kerajaan Riam Taman Tunku di Miri. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001855.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan faktor fizikal (jantina, berat badan, ketinggian dan tahap penglihatan) dan personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar. Seramai 112 orang pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima aliran sains iaitu 41 orang pelajar lelaki dan 71 orang pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kerajaan Riam Taman Tunku, Miri, Sarawak dipilih secara rawak bagi tahun akademik 2006. Kajian ini dijalankan dengan mengambil data daripada laporan kemajuan akademik dan peribadi pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima aliran sains melalui kad persekolahan pelajar (Kad 001). Kad 001 mengandungi rekod peribadi pelajar, keputusan peperiksaan dan personaliti pelajar. Pembolehubah bersandar merupakan markah bagi setiap mata pelajaran pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima aliran sains. Manakala pembolehubah tak bersandar ialah faktor fizikal (jantina, berat badan, ketinggian dan tahap penglihatan) dan personaliti pelajar yang telah ditukarkan kepada skala Likert. Antara analisis yang dijalankan ialah analisis reliabiliti, korelasi, ujian t sampel tak bersandar, ujian analisis varians (ANOVA) satu hala dan analisis faktor. Semua analisis statistik yang terlibat adalah menggunakan perisian SPSS. Hasil daripada analisis faktor menunjukkan mata pelajaran terbahagi kepada tiga faktor iaitu faktor kemahiran, faktor konsep dan faktor aplikasi manakala bagi personaliti hanya terdapat satu faktor sahaja. Kajian juga menunjukkan pencapaian akademik pelajar boleh dipengaruhi oleh faktor jantina dan tahap obesiti. Didapati pencapaian akademik bagi pelajar perempuan adalah lebih cemerlang berbanding dengan pelajar lelaki. Manakala bagi pelajar yang tak cukup berat pula menunjukkan pencapaian akademik yang kurang memuaskan berbanding dengan pelajar yang mempunyai berat badan yang ideal serta obes. Selain itu, didapati juga semua ciri personaliti menunjukkan korelasi positif yang signifikan terhadap pencapaian akademik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: academic achievement, physical factor, SPSS, personality factor, influence
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 11 Feb 2014 07:35
Last Modified: 11 Oct 2017 05:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8174

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository