Impak banjir kepada sosioekonomi penduduk: Kajian kes Hulu Setiu, Terengganu

Roslida Ali, (2009) Impak banjir kepada sosioekonomi penduduk: Kajian kes Hulu Setiu, Terengganu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001870.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Banjir sering berlaku di seluruh dunia terrnasuklah Malaysia. Banjir adalah limpahan atau kenaikan paras air yang berlaku dalam tempoh masa tertentu dan bersifat sementara. Hampir setiap tahun Malaysia mengalami banjir besar disebabkan Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat ke sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Banjir musiman ini memberi impak dari segi kegiatan sosioekonomi terutamanya kepada penduduk yang tinggal di dataran banjir. Impak banjir ini lebih menekankan kepada kehilanagn boleh dikesan (tangible loss) iaitu melibatkan kesan langsung dan kesan tidak langsung. Kehilangan tidak dapat dikesan (intangible loss) tidak dibincangkan kerana sukar ditunjukkan. Kesan langsung yang dialami ialah kemusnahan harta benda, pertanian, ternakan, kemudahan awam serta pencemaran lumpur dan sampah sarap, Manakala kesan tidak langsung pula menekankan kepada kesulitan untuk pergi bekerja dan ke sekolah, aktiviti sosial tergendala, pengangkutan dan perhubungan luar terjejas serta pendapatan merosot. Selain itu bantuan yang diberikan turut mempengaruhi sosioekonomi penduduk. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah ini dan mengurangkan impak banjir pada masa akan datang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: sosioeconomic, flood impact
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Feb 2014 03:06
Last Modified: 11 Oct 2017 08:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8201

Actions (login required)

View Item View Item