Kesan penggantian Fe secara separa ke atas kesuperkonduksian YBa₂Cu₅O₇[(Y�₋xFex) Ba₂Cu₃O₇]

Mun, Kok Lim (2004) Kesan penggantian Fe secara separa ke atas kesuperkonduksian YBa₂Cu₅O₇[(Y�₋xFex) Ba₂Cu₃O₇]. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001875.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap kesan penggantian ferum secara separa ke atas kesuperkonduksian sistem (Y�₋xFex) Ba₂Cu₃O₇ dengan komposisi x = 0.1, 0.2 dan 0.3 telah dilakukan. Sampel kajian disediakan melalui kaedah tindak balas kcadaan pepejal dengan mcnggunakan serbuk logam oksida yang berketulenan 99.99%. Setiap pelet yang terbentuk diuji sifat kerintangan elektrik, p pada suhu bilik dengan kaedah Van der Pauw manakala suhu genting, Tc didapatkan melalui kaedah penduga empat titik. Fasa bahan dan perubahan pada parameter kekisi telah dikenal pasti melalui pembelauan serbuk sinar-X. Sifat mensuperkonduksi telah ditunjukkan oleh sistem (Y�₋xFex) Ba₂Cu₃O₇ bagi semua julat penggantian Fe ( x = 0.1 - 0.3 ) dengan Tc-mula dan Tc-sifar dalam julat suhu 68 K hingga 78 K dan 23 K hingga 39 K masing-masing. Menurut data piawai, sistem YBa₂Cu₅O₇δ fasa 123 tanpa sebarang penggantian menunjukkan Te - 92 K. Suhu genting, Tc adalah tertinggi bagi sampel dengan penggantian komposisi Fe, x = 0.1 dan semakin menurun dengan penggantian komposisi Fe, x yang semakin bertambah. Ketiga-tiga sampel menunjukkan sifat logam pada suhu bilik dengan kerintangan elektrik berada dalam julat ( 5.5381 - 6.5986 ) x 10-5 Ωm secara relatif. Kajian sifat elektrik menunjukkan bahawa penggantian Fe secara separa ke atas (Y�₋xFex) Ba₂Cu₅O₇ telah menurunkan suhu genting, Tc dan meningkatkan kerintangan elektrik, p pada suhu bilik. Data pembelauan sinar-X menunjukkan fasa 123 telah distabilkan dalam sistem walaupun kandungan fasa 123 berkurangan dengan x dengan kehadiran fasa asing. Kajian parameter kekisi menunjukkan penggantian ion Fe³� yang lebih kecil saiz menyebabkan pengecilan kekisi c sedangkan pengecutan pada kekisi a dan h adalah disebabkan oleh pengurangan kepekatan lohong dalam sistem yang bennakna nisbah bilangan Cu²�kepada Cu³� besar.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: YBCO system, metal1ic behavior, X-ray diffraction data, temperature, electrical resistivity, solid state reaction, metal oxide powder
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Feb 2014 03:13
Last Modified: 11 Oct 2017 08:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8210

Actions (login required)

View Item View Item