Kajian kromosom pesakit Sindrom Edward menggunakan teknik karyotyping dengan kaedah pewarnaan jalur G

Noor Farhana Sulmman, (2007) Kajian kromosom pesakit Sindrom Edward menggunakan teknik karyotyping dengan kaedah pewarnaan jalur G. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001888.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian profil krornosom ini dilakukan adalah untuk melihat susunan kromosorn bagi pesakit Sindrorn Edward, individu wanita normal dan individu lelaki normal. Serakan kromosom yang terhasil daripada sampel darah digunakan untuk menghasilkan kariotip dan penyusunan kromosom ini dilakukan berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh ISCN. Berdasarkan piawaian yang ditetapkan, kromosom manusia normal yang mengandungi 23 pasang kromosom, dapat dibahagikan kepada 7 kumpulan. Penyusunan profil kromosom dimulai dengan kumpulan A(kromosom 1,2,3) diikuti dengan kumpulan B(kromosom 4 dan 5), kumpulan C(kromosom 6 hingga 12), kurnpulan D(kromosom 13,14,15), kumpulan E(kromosorn 16,17 dan 18), kumpulan F(kromosom 19 dan 20), kumpulan G (kromosom 21 dan 22) dan diakhiri dengan pasangan kromosom seks sama ada XX ataupun XY. Setiap kumpulan kromosom ini disusun berdasarkan tiga kriteria iaitu saiz kromosom, kedudukan sentromer dan juga jalur yang terbentuk pada lengan kromosom. Pengkelasan sentromer dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu metasentrik iaitu seperti yang dapat dilihat pada kumpulan A,F dan E(kromosom 16 sahaja), submetasentrik iaitu pada kumpulan krornosom B, C dan E (kromosorn 17 dan 18 sahaja), akrosentrik (kumpulan D dan G) dan jenis sentromer yang terakhir ialah telosentrik. Namun, manusia tidak mempunyai kromosom jenis telosentrik. Berdasarkan keputusan yang diperolehi perbezaan antara profil kromosom individu normal( 46,XX) atau (46,XY) dan pesakit Sindrom Edward (47, xx,+18) dapat dibezakan dengan membandingkan profil kromosom yang diperolehi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: karyotype, Syndrome Edward patient, ISCN, banding pattern, centromere, chromosome
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 14 Feb 2014 04:17
Last Modified: 12 Oct 2017 00:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8223

Actions (login required)

View Item View Item