Analisis motivasi mengenai perlakuan organisasi dalam kalangan kakitangan pentadbiran di Universiti Malaysia Sabah

She, Li Hui (2007) Analisis motivasi mengenai perlakuan organisasi dalam kalangan kakitangan pentadbiran di Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001899.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian adalah untuk mengenai pasti mana satu daripada enam motif motivasi iaitu pencapaian, pengaruh, kawalan, pergantungan, perlanjutan, dan pengabungan yang mempengaruhi perlakuan antara kakitangan pentadbiran di Universiti Malaysia Sabah. Objektif bagi kajian ini adalah menentukan motif motivasi yang mempengaruhi perlakuan antara kakitangan pentadbiran di UMS, mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara motif, dan menentukan sama ada terdapat perbezaan min diantara motif pendekatan dan motif penghindaran. Seramai 46 responden terlibat dalam kajian ini. Korelasi pearson digunakan untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan diantara motif, kaedah ujian t berpasangan digunakan untuk menentukan sarna ada terdapat perbezaan min skor diantara motif pendekatan dan motif penghindaran, kaedah pengiraan nilai Operating Effectiveness Quotient (OEQ) motif digunakan untuk menentukan motif motivasi yang mempengaruhi perlakuan antara kakitangan pentadbiran di UMS, dan kaedah analisis kelompok digunakan untuk mengumpukkan motif-motif kepada kelompok. Hasil daripada kajian mendapati bahawa motif motivasi pencapaian yang mempengaruhi perlakuan antara kakitangan pentadbiran di UMS. Terdapat hubungan linear diantara setiap motif pendekatan manakala tidak terdapat hubungan linear diantara semua motif penghindaran yang dikaji. Hasil analisis juga menunjukkan perbezaan min skor diantara motif pendekatan dan motif penghindaran adalah signifikan kecuali motif pergantungan dan semua motif pendekatan lebih berkesan dalam mempengaruhi perlakuan kakitangan pentadbiran di UMS.

Item Type: Academic Exercise
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Feb 2014 06:05
Last Modified: 12 Oct 2017 00:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8244

Actions (login required)

View Item View Item