Kajian terhadap keistimewaan Etlingera coccinea (Tuhau) dan penerimaannya sebagai produk pelancongan di Kg. Kokob Baru, Ranau

Roy Dinsim, (2006) Kajian terhadap keistimewaan Etlingera coccinea (Tuhau) dan penerimaannya sebagai produk pelancongan di Kg. Kokob Baru, Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001900.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenai keistimewaan Etlingera coccinea (tuhau) dan penerimaannya sebagai produk pelancongan telah dilakukan di Kampung Kokob Baru, Ranau. Kajian ini tertumpu kepada taburan 'tuhau' di kawasan kajian dan profil persepsi penduduk tempatan terhadap ciri-ciri biologi 'tuhau'. Kajian ini juga tertumpu kepada penggunaan dan penerimaan 'tuhau' sebagai produk pelancongan. Kaedah kajian yang digunakan adalah teknik persampelan kuadrat seeara rawak bagi menentukan taburan 'tuhau', kaedah temubual (2 orang penduduk kampung) bagi mengkaji ciri-ciri biologi 'tuhau' dan kaedah tinjauan yang dilakukan terhadap pengunjung golongan belia (90 responden) yang datang ke Karnpung Kokob Baru menggunakan borang soal selidik dan produk 'tuhau'. Hasil kajian menunjukkan bahawa taburan 'tuhau' adalah tinggi di Kampung Kokob Baru dan keistimewaan yang menunjukkan potensinya sebagai produk pelancongan adalah ia marnpu membuka selera makan dalam bentuk jeruk:, sambal, perasa, ulam dan juga mempunyai potensi perubatan. Kajian ini menunjukkan penerimaan 'tuhau' sebagai produk pelancongan wujud namun penerimaannya sebagai satu produk pelancongan yang bertaraf komersil kurang meyakinkan. Usaha yang berterusan perlu dijalankan bagi menaiktaratkan 'tuhau' sebagai produk yang komersil.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Etlingera coccinea, tuhau, tourism product, usage, acceptability, commercial product
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 20 Feb 2014 03:21
Last Modified: 12 Oct 2017 00:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8245

Actions (login required)

View Item View Item