Mengkaji mekanisma penghasilan dan pengesanan sensor ultrasonik

Mariani Ak Baok, (2007) Mengkaji mekanisma penghasilan dan pengesanan sensor ultrasonik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001901.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Projek ini dilakukan untuk mengkaji mekanisma penghasilan dan pengesanan gelombang pada sensor ultrasonik. Kajian ini melibatkan pembinaan litar penerima untuk sensor ultrasonik. Litar pemancar terdiri daripada litar pengayun denyut masa, litar pengayun ultrasonik dan litar pengendali ultrasonik. Litar penerima terdiri daripada litar penguat untuk menguatkan isyarat yang diterima dari litar pemancar. Litar pemancar sensor ultrasonik dan litar penerima sensor ultrasonik elibina untuk mendapatkan perubahan voltan dan frekuensi gelombang ultrasonik semasa sensor beroperasi. Voltan diukur dengan menggunakan multimeter. Manakala frekuensi dalam litar diukur dengan menggunakan osiloskop. Pada jarak minima iaitu, 10.00 ± 0.05cm, voltan yang diperolehi adalah 10.38 ± 0.01V. Jarak berkesan sensor ultrasonik ini adalah 150.00 ± 0.05cm dengan bacaan voltan 0.02 ± 0.01V. Kajian ini tidak dipengaruhi oleh suhu dan cuaca persekitaran. Perubahan voltan dan frekuensi ini adalah isyarat bunyi yang ditukar kepada tenaga elektrik di dalam sistem.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: ultrasonic sensor, transmitter, ultrasonic pulse oscillator, oscilloscope, sound signal
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Feb 2014 05:51
Last Modified: 12 Oct 2017 00:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8246

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository