Menentukan nilai pemalar dielektrik kertas bagi kapasitor buatan sendiri

Noor Asimah Mohd, (2007) Menentukan nilai pemalar dielektrik kertas bagi kapasitor buatan sendiri. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001902.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Suatu kapasitor yang menggunakan enam jenis kertas sebagai bahan dielektrik telah dibina. Enam jenis kertas yang digunakan adalah kertas tanpa celupan sebarang minyak. dan kertas yang dicelup dengan minyak turpentin, kerosin, parafin, petrol dan syelek. Pengiraan dan penentuan nilai pemalar dielektrik bagi setiap jenis kertas yang digunakan adalah matlamat utama yang mahu dicapai dalam kajian ini. Melalui kajian yang dijalankan, nilai pemalar dielektrik bagi setiap jenis kertas yang dikaji adalah mematuhi nilai teori. Nilai pemalar dielektrik bagi kertas yang dicelup dengan minyak syelek memberikan nilai yang paling tinggi iaitu 6.03 manakala nilai paling rendah diberikan oleh kertas yang tidak dicelup dengan sebarang minyak iaitu 5.13. Pengkajian terhadap luas plat, jarak. antara plat dan jenis dielektrik yang digunakan membuktikan bahawa nilai kapasitans sesebuah kapasitor adalah berkadar terus dengan keluasan plat dan nilai pemalar dielektrik, serta berkadar songsang dengan jarak antara plat.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: dielectric, plate area, direct proportional, shellac oil, capacitor
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Feb 2014 05:50
Last Modified: 12 Oct 2017 00:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8247

Actions (login required)

View Item View Item