Membina penjana kuasa elektrik mini piezoelektrik

Ramle Mapalabong, (2007) Membina penjana kuasa elektrik mini piezoelektrik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001906.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Dalam projek ini, sebuah penjana kuasa elektrik mini piezoelektrik telah dibina hasil dari penukaran bentuk tenaga daripada mekanikal kepada elektrikal. Bahan piezoelektrik yang digunakan ialah jenis piezoelektrik polimer iaitu polivinilidin fluorida (PVDF). Objektif kajian diantaranya ialah membina penjana kuasa elektrik mini menggunakan bahan piezoelektrik, mengkaji voltan yang dijana oleh bahan piezoelektrik dan mengecas bateri boleh cas dengan menggunakan penjana kuasa elektrik mini piezoelektrik. Penjana kuasa elektrik mini piezoelektrik terdiri daripada model piezoelektrik, litar penerus dan bateri boleh cas. Untuk menjayakan objektif kajian, tenaga angin digunakan sebagai sumber pengujaan filem piezoelektrik. Tenaga angin tersebut adalah berpunca daripada kipas angin A yang mempunyai 3 kelajuan dan dalam kajian ini banya kelajuan 2 dan 3 sahaja digunakan. Daripada pengujaan tersebut, maka voltan yang terhasil dapat dicirikan dan dianalisis. Voltan yang terhasil dibahagikan kepada dua iaitu voltan arus ulang-alik dan voltan arus terus. Voltan arus ulang-alik yang diperolehi pada kelajuan 2 dan 3 adalah masing-masing 0.81V dan 1.10V. Voltan arus-terus yang diperolehi pada kelajuan 2 dan 3 pula ialah masing-masing 1.10V dan 1.65V. Voltan arus terns yang terhasil pada kelajuan 3 digunakan untuk mengecas bateri boleh cas selama liga jam. Pada jam pertama pengecasan, nilai arus ialah 0.016mA dan peningkatannya sebanyak 0.009mA. Nilai dge pula ialah 0.011 V dan peningkatannya sebanyak 0.004V. Pada jam yang kedua, nilai arus ialah 0.025mA dan peningkatannya sebanyak 0.009mA. Nilai dge pula ialah 0.015V dan peningkatannya sebanyak 0.005V. Pada jam yang ketiga, nilai arus ialah 0.033mA dan peningkatannya sebanyak 0.008mA. Nilai dge pula ialah 0.019V dan peningkatannya sebanyak 0.004V.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: piezoelectric mini,electric power generator, polyvinilidine fluoride, voltage
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Feb 2014 05:47
Last Modified: 12 Oct 2017 00:14
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8251

Actions (login required)

View Item View Item