Perbandingan spesies anai-anai di antara hutan primer dengan ladang kelapa sawit yang berdekatan di rezab Hidupan Liar Tabin , Lahad Datu, Sabah

Au, Chee Hoe (2008) Perbandingan spesies anai-anai di antara hutan primer dengan ladang kelapa sawit yang berdekatan di rezab Hidupan Liar Tabin , Lahad Datu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001911.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu tinjauan fauna anai-anai telah dijalankan di hutan primer, lading kelapa sawit muda (≤5 tahun) dan ladang kelapa sawit tua (≥10 tahun) (Ladang Permai) Lahad Datu, Sabah dari bulan Oktober 2007 sebingga November 2007. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kepelbagaian anai-anai di Hutan Rezab Hidupan Liar Tabin, membandingkan kepelbagaian anai-anai antara hutan primer dengan ladang kelapa sawit, dan menentukan pengaruh factor persekitaran terhadap kepelbagaian anai-anai. Persampelan anai-anai dilakukan menggunakan kaedah transek piawai 100m x 2m. Tiga transek piawai telah didirikan di setiap kawasan kajian. Sejumlah 23 spesies anai-anai telah direkodkan dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 20 spesies dikurnpulkan dari Hutan Rezab Hidupan Liar Tabin, dua spesies dari ladang kelapa sawit muda dan 10 spesies dari ladang kelapa sawit tua. Spesies anai-anai yang direkodkan adalah terdiri daripada dua famili iaitu Rhinotermitidae dan Termitidae. Butan primer menunjukkan kekerapan yang tinggi bagi kedua-dua farnili ini manakala ladang kelapa sawit tua mempunyai bilangan Rhinotermitidae yang terendah. Indeks kepelbagaian Shannon-Weiner dan ujian Kruskal-Wallis menunjukan bahawa kepelbagaian anai-anai di ketiga-tiga lokasi kajian mempunyai perbezaan yang bererti (p≤0.05). Kumpulan taksonomi dan pemakanan anai-anai juga berbeza antara ketiga-tiga lokasi kajian. Tiga kumpulan pemakanan anai-anai ditemui di hutan primer dan ladang kelapa sawit tua. Ladang kelapa sawit muda hanya mempunyai pemakan kayu. Hasil kajian juga menunjukkan kepelbagaian spesies yang ditemui tidak mempunyai hubungan langsung yang bererti (p ≥0.05) dengan pembolehubah persekitaran iaitu pH tanah, intensity cahaya, dan ketebalan sarap hutan di hutan primer manakala pH tanah dan ketebalan sarap mempunyai hubungan bererti dengan kepelbagaian spesies anai-anai di ladang kelapa sawit. Penukaran hutan primer kepada ladang kelapa sawit meningkatkan tahap intensity cahaya, keasidan (PH) tanah, ketebalan sarap hutan secara relatif, dan juga mengurangkan bekalan nutrisi (nutrisi tanah dan kayu mati). Ini menunjukan bahawa penukaran habitat hutan primer kepada ladang kelapa sawit akan menurunkan kepelbagaian anai -anai.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: termite diversity, primary forest, palm oil plantation, Tabin Wildlife Reserve, Rbinotermitidae, Shannon-Weiner diversity index, Kruskal-Wallis test
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Feb 2014 05:41
Last Modified: 12 Oct 2017 00:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8256

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository