Perbandingan rawatan haba dalam pengawalan penyakit Lentinus edodes

Hasrah Rajin, (2007) Perbandingan rawatan haba dalam pengawalan penyakit Lentinus edodes. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001913.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Lentinus edodes merupakan cendawan boleh makan yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Namun, masalah terbesar yang dihadapi oleh pengusaha cendawan ini adalah pengurusan penyakit yang menyebabkan kerugian sepanJang masa penanaman. Dalam kajian ini, tiga rawatan haba digunakan iaitu 96°C/tanpa tekanan/9 jam, 105°C/15 ppil45 minit dan 121°C/15 ppi/15 minit terhadap substrat habuk kayu untuk mengurangkan kehadiran pencemar. Dalam analisis pengasingan pencemar di atas media PDA yang dilakukan di dalam makmal menunjukkan pencemar jenis Rhizopus sp. dan Neurospora sp. mendominasi ketiga-tiga suhu pada rawatan haba. Ini menunjukkan mikroorganisma pencemar ini tidak dapat dibunuh dengan rawatan suhu tinggi. Penanaman L. edodes pada rawatan haba 96°C se1ama 9 jam memberikan perbezaan yang signifikan terhadap peratus kehadiran penyakit pada dua lokasi berbeza. Penanaman L. edodes di pondok penanaman Borneo Mushroom Mesilau, Kundasang memberikan 36% kerosakan manakala penanaman di lokasi kedua iaitu UMS, memberikan hanya 4% kerosakan. Penanaman L.edodes bagi tiga rawatan haba pada suhu berbeza di pondok penanaman Mesilau pada pencahayaan terang dan ge1ap menunjukkan perbezaan yang signifikan pada peratus kerosakan. Rawatan 105°C selama 45 minit dengan tekanan memberikan 100% kerosakan pada substrat terang dan 0% pada substrat gelap. Rawatan haba 96°C selama 9 jam dan 121°C selama 15 minit dengan tekanan memberikan keputusan 0% dan 33.3% pada substrat di tempat terang. Tiada kerosakan substrat diletakkan di tempat gelap bagi kedua-dua rawatan haba. Penggunaan tekanan dan suhu tinggi dalam autoklaf adalah satu alternatif untuk memendekkan masa pembunuhan mikrob pencemar. Amalan sanitasi yang baik adalah pendekatan yang penting untuk mengurangkan perkembangan penyakit, di mana pengunaan racun kulat pada substrat adalah berbahaya kepada pengguna.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Lentinus edodes, mushroom, heat treatment, temperature, cultivation, isolation of contaminant
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Feb 2014 05:41
Last Modified: 12 Oct 2017 00:19
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8258

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository