Kesan persilangan radar (Radar Cross Section) terhadap objek berbentuk sfera

Lim, Kuen Lih (2007) Kesan persilangan radar (Radar Cross Section) terhadap objek berbentuk sfera. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001915.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan persilangan radar (RCS) terhadap sasaran yang berbentuk sfera seterusnya menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai persilangan radar. Sasaran yang digunakan dalam kajian ini ialah objek yang berbentuk sfera yang berdiameter 20.0cm, 15 .0cm, 9.5cm, 6.2cm dan 3.4cm. Peralatan yang yang digunakan dalam kajian ini ialah sistem latihan radar yang berjenama Lab-Volt. Analisis dijalankan dengan mengukur perubahan voltan puncak ke puncak yang diterima oleh osiloskop. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan nilai persilangan radar berkadar langsung dengan jarak sasaran dari antena penerima, jarak sasaran adalah bermula dengan 0cm hingga 80cm daripada meja posisi. Manakala apabila frekuensi isyarat pemancar telah meningkat nilai persilangan radar turut meningkat, frekuensi bertambah dengan kadar 0.2GHz dan bermula pada 8.0GHz hingga 10.0GHz. lni menunjukan bahawa frekuensi isyarat pemancar berkadar terus dengan nilai persilagan radar. Saiz sasaran juga merupakan faktor yang penting untuk menentukan nilai persilangan radar kerana saiz yang lebih besar mempunyai permukaan yang lebih luas dan dapat memantulkan jumlah tenaga yang lebih banyak ke antena penerima. Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi kuasa relatif tersebut iaitu dinding disekeliling tempat kajian, lantai dan meja. Faktor-faktor tersebut telah mengalami isyarat pantulan satu, dua atau tiga dimensi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: passive target, radar cross section, Lab-Volt radar training system, oscilloscope, transmitting antenna, magnetic wave
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Feb 2014 05:38
Last Modified: 12 Oct 2017 00:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8276

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository