Mengkaji kesan minyak dan gris dan nutrien (NO₃ dan PO₄) kepada taburan fitoplankton di Teluk Salut Dan Teluk Mengkabong, Tuaran, Sabah

Nur Illiani Idris, (2007) Mengkaji kesan minyak dan gris dan nutrien (NO₃ dan PO₄) kepada taburan fitoplankton di Teluk Salut Dan Teluk Mengkabong, Tuaran, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001917.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat kepekatan dan taburan fitoplankton, minyak dan gris dan nutrien di Teluk Mengkabong dan Teluk Salut. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan minyak dan gris dan nutrien ke atas taburan fitoplankton. Pensampelan telah dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada 28 November 2006 dan 27 Disember 2006. Sebanyak 18 buah stesen pensampelan telah dipilih di sekitar Teluk Mengkabong dan Teluk Salut. Pengukuran parameter in-situ seperti suhu, pH, oksigen terlarut, saliniti dan konduktiviti dengan menggunakan YSI 650 MDS manakala parameter ex-situ seperti klorofil a dianalisis dengan menggunakan kaedah trichromatic, nitrat dianalisis dengan menggunakan kaedah Christian (1994), fosfat dianalisis dengan menggunakan kaedah Valderrama (1995) dan minyak dan gris dianalisis menggunakan kaedah Partition-Gravimetric. Nilai min yang diperolehi daripada sampel yang diambil di Teluk Mengkabong ialah; klorofil a (10.845±6.308 mgrl), minyak dan gris (13.00±17.39 mgl�¹nitrat (4.63±1.565 mgl�¹) dan fosfat (0.054±0.028 mgl�¹). Sementara itu, nilai min di stesen Teluk Salut adalah; klorofil a (15.l0±14.153 mgl�¹), minyak dan gris (4.40±2.591 mgl�¹), nitrat (4.1 76±1.378 mgrl�¹) dan fosfat (0.205±0.233 mgl�¹). Nilai min untuk sampel yang diambil di kawasan laut ialah; klorofil a (3.291±3.744 mgl�¹), minyak dan gris (5.17±3.971 mgl�¹nitrat (4.724±1.266 mgl�¹) dan fosfat (0.243±0.232 mgl�¹). Berdasarkan hasil daripada Ujian Mann-Whitney, didapati minyak dan gris dan nutrien tidak mempunyai kesan yang signifikan ke atas taburan fitoplankton di Teluk Mengkabong dan Teluk Salut. Secara keseluruhannya, kawasan Teluk Mengkabong dan Teluk Salut berada dalam kelas IIB mengikut Piawaian Kualiti Air Interim.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: phytoplankton, oil and grease, trichromatic method, Mann-Whitney test, Partition-Gravimetric method, chlorophyll, Teluk Mengkabong, Teluk Salut
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Feb 2014 04:59
Last Modified: 12 Oct 2017 03:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8278

Actions (login required)

View Item View Item