Kepelbagaian anuran dan hubungkait dengan parameter fizikal habitat terestrial

Lau, Seng Chung (2008) Kepelbagaian anuran dan hubungkait dengan parameter fizikal habitat terestrial. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001923.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini ialah mengkaji kepelbagaian anuran dan hubungkait dengan parameter fizikal habitat terrestrial. Kajian ini telah dijalankan di Trail 4 dan Trail Crocker di Ulu Kimanis, Taman Banjaran Crocker. Metod "Opportunistic examination" dan "pitfall traps" digunakan untuk pensampelan. Sembilan spesies anuran telah didapatkan dalam kajian ini dan jumlah spesimen yang didapatkan adalah sebanyak empat puluh satu ekor anuran. Spesies-spesies anuran yang terdapat adalah tergolong dalam tiga famili, iaitu Bufonidae, Megophryidae dan Ranidae. Famili Ranidae (67%) telah menguasai kawasan kajian ini kerana ia merangkumi paling banyak spesies anuran yang didapatkan dalam kajian ini, iaitu sebanyak enam spesies. Limnonectes kuhlii adalah spesies yang paling banyak individu ditangkapkan (20 individu). Nilai indeks kepelbagaian anuran terestrial secara keseluruhan di kawasan kajian ialah 1.4447. Di antara ketiga-tiga parameter fizikal, terdapat hanya suhu persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan bilangan individu anuran, pekali kolerasinya ialah 0.709. pH dan kelembapan persekitaran dalam kajian ini tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan bilangan individu anuran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Diversity Index, anuran, terrestrial habitat, opportunistic examination, pitfall traps, temperature
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 20 Feb 2014 02:29
Last Modified: 12 Oct 2017 03:49
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8289

Actions (login required)

View Item View Item