Kesan kompleks tabu dan hormon 4-Dimethylamino Pyridine (DMAP) ke atas proliferasi protokom orkid Phalaenopsis gigantea

Omar Othman, (2005) Kesan kompleks tabu dan hormon 4-Dimethylamino Pyridine (DMAP) ke atas proliferasi protokom orkid Phalaenopsis gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001925.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Eksperimen dilakukan untuk menentukan kesan kompleks tabii dan hormon 4- Dimethylamino Pyridine terhadap proliferasi protokom P. gigantea. Kajian ini menggunakan eksplan protokom yang tidak dipotong dan yang dipotong pada dasarnya. Eksperimen dijalankan selama 100 hari di Makmal Tisu Kultur, Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan rekabentuk eksperimen rawak lengkap. Kompleks tabii yang digunakan ialah 15% dan 10% air kelapa dan 100g/L ekstrak pisang, manakala hormon yang digunakan ialah 4-Dimethylamino Pyridine dengan menggunakan media asas XER. Parameter yang dikaji ialah purata peratus protokom yang berproliferasi dan purata bilangan jasad seperti protokom per eksplan. Ujian ANOVA menunjukkan babawa tidak terdapat perbezaan beerti pada aras keertian 0.05 diantara kesemua media rawatan yang dikaji. Kajian menunjukkan bagi protokom yang tidak dipotong mencatatkan purata peratus protokom yang berproliferasi yang tertinggi ialah media XER + 0.6 mg/L DMAP (77.00±4.83) peratus, dan yang terendah adalah media XER + 100 g/L ekstrak pisang (50.00±46.50) peratus. Purata bilangan jasad seperti protokom per eksplan mencatatkan media XER + 100 ml/L air kelapa mencatat bilangan tertinggi iaitu dengan julat (25 - 70). Sementara protokom yang dipotong menunjukkan media media XER + 100 ml/L air kelapa mencatatkan purata peratus protokom berproliferasi yang tertinggi iaitu (31.00±42.49) peratus, dan yang terendah media XER + 0.6 mg/L DMAP (3.00±6.71) peratus. Bagi bilangan jasad seperti protokom per eksplan mencatatkan media XER + 100 ml/L air kelapa mencatat julat tertinggi (138 - 161).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: 4-Dimethylamino Pyridine hormone, complex additive, XER-based medium, ANOVA test, protocorm, Phalaenopsis gigantea
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 20 Feb 2014 02:26
Last Modified: 12 Oct 2017 03:50
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8292

Actions (login required)

View Item View Item