Penilaian input ekologi dalam laporan EIA normal bagi aktiviti pembalakan dan projek perumahan di Sabah

Wong, Fang Ying (2007) Penilaian input ekologi dalam laporan EIA normal bagi aktiviti pembalakan dan projek perumahan di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001940.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bermatlamat untuk menilai sejauh mana input ekologi dipertimbangkan dalam laporan-laporan EIA dalam aktiviti pembalakan dan projek perumahan yang telah diluluskan di Sabah. Sebanyak 12 laporan dengan 6 laporan masing-masing dari aktiviti pembalakan dan projek perumahan telah dikaji bagi memastikan sejauh mana pihak perunding EIA mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Sabah. Perbandingan dibuat untuk melihat perbezaan input ekologi bagi kedua-dua aktiviti yang dikaji ini. Kaedah borang senarai semak (checklist) yang disediakan khas untuk kajian ini digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kualiti input ekologi bagi dua belas laporan yang dikaji ini masih rendah dan tidak mencapai piawai yang telah ditetapkan. Maklumat-maklumat seperti masa tinjauan, tumbuhan dan haiwan akuatik, habitat daratan dan akuatik, jumlah tumbuhan dan haiwan yang hadir dan status spesies masih kurang diberi penekanan. Perbandingan dari segi input ekologi mendapati bahawa kualiti bagi laporan EIA aktiviti pembalakan adalah lebih baik jika berbanding dengan laporan EIA projek perumahan dalam laporan EIA yang dikaji.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: EIA report, forest logging activity, housing development, quality, ecological input
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Feb 2014 01:48
Last Modified: 12 Oct 2017 03:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8314

Actions (login required)

View Item View Item