Kajian aktiviti antimikrob tumbuhan Blumea balsamifera terhadap Staphylococcus aureus, Escherichia coli dan Candida albicans

Chong, Lee Yeng (2005) Kajian aktiviti antimikrob tumbuhan Blumea balsamifera terhadap Staphylococcus aureus, Escherichia coli dan Candida albicans. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001943.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan adalah untuk menaksir kesan ekstrak Blumea balsamifera sama ada mempunyai kesan secara in vitro sebagai agen antimikrob terhadap bakteria Staphylococcus aureus dan Escherichia coli serta terhadap kulat Candida albicans pada suhu, kepekatan dan jangka masa pendedahan yang berbeza. Kaedah yang digunakan dalam ujikaji antimikrob ini termasuklah pengiraan bilangan koloni mikroorganisma yang dihasilkan dalam unit pembentukkan koloni (UPK) dan pengukuran diameter zon perencatan bakteria terhadap suhu, kepekatan dan jangka masa pendedahan yang berbeza. Kepekatan ekstrak yang digunakan dalam ujian menentukan bilangan koloni pada kedua-dua suhu 28°C dan 4°C ialah 5%, 10% dan 15% (iii), manakala jangka masa pendedahan yang digunakan ialah 0 minit, 30 minit, 60 minit dan 100 minit. Dalam ujian menentukan diameter zon perencatan bakteria untuk mendapatkan nilai MIC pula, kepekatan ekstrak yang digunakan ialah 50 g/ml, 100 g/ml, 150 g/ml, 200 g/ml, 250 g/ml dan 300 g/ml pada kedua-dua suhu 28°C dan 4 °C serta jangka masa pendedahan ialah 12 jam, 24 jam dan 48 jam. Hasil kajian membuktikan kemampuan kesan ekstrak tumbuhan B. balsamifera dalam merencatkan pertumbuhan bakteria dan kulat. Faktor kepekatan dan jangka masa yang berbeza memberikan kesan yang berbeza terhadap bilangan koloni dan saiz zon perencatan manakala faktor suhu pula tidak memberi kesan terhadap bilangan koloni dan saiz zon perencatan. Kepekatan ekstrak pada 15% (iii) pada masa 100 minit dan 300 g/ml pada masa 48 jam menunjukkan kesan perencatan mikrob yang paling ketara.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Blumea balsamifera extract, antimicrobial agent, periods of exposure, temperature, inhabition zone
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 Feb 2014 03:06
Last Modified: 12 Oct 2017 04:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8326

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository