Faktor-faktor yang mempengaruhi paras air di Sungai Kinabatangan

Yung, Mee Ching (2008) Faktor-faktor yang mempengaruhi paras air di Sungai Kinabatangan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001951.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Peningkatan paras air yang sangat ketara akan menyebabkan sesebuah sungai tersebut berlakunya kejadian banjir. Bencana ini akan mengancam pembangunan sesebuah negara dari segi ekonomi, politik, pendidikan, dan keselamatan rakyat jelata. Selain itu, kerosakan harta benda, tanam-tanaman, dan binatang ternakan yang disebabkan oleh air banjir juga berlaku. Justeru itu, tujuan utama kajian ini ialah untuk membina satu model terbaik untuk menganggar perubahan paras air di sungai Kinabatangan, Sandakan. Dalam proses ini, kaedah regresi berganda akan digunakan. Dalam data yang digunakan untuk kajian, terdapat nilai yang tidak tercerap. Oleh itu, kaedah kubik splin akan digunakan untuk mencari nilai yang tidak tercerap ini. Untuk mendapatkan model terpilih daripada semua model berkemungkinan, proses penyingkiran dijalankan. Selepas mendapatkan model terpilih, model terse but akan diuji dengan lapan kriteria pemilihan untuk mendapat satu model terbaik. Ujian wald diuji untuk membuktikan penyingkiran pembolehubah tak bersandar yang betul ke atas model terbaik. Selain itu, ujian kerawakan juga akan diuji terhadap model terbaik. Model terbaik mempunyai ralat yang bertabut secara rawak. Selepas syarat ujian-ujian ini telah dipenuhi oleh sesebuah model, tertunjuklah model tersebut adalah model terbaik untuk membuat anggaran. Penganggaran terhadap paras air sungai akan dijalankan dengan menggunakan model terbaik ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: water level, Kinabatangan river, multiple regression, qubic spline method, prediction
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 25 Feb 2014 07:04
Last Modified: 12 Oct 2017 04:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8334

Actions (login required)

View Item View Item