Penelahan permintaan industri pelancongan di Malaysia berdasarkan ketibaan pelancong mengikut negara bermastautin dari tahun 1999 sehingga 2007

Lee, Terrenz Ya Ting (2008) Penelahan permintaan industri pelancongan di Malaysia berdasarkan ketibaan pelancong mengikut negara bermastautin dari tahun 1999 sehingga 2007. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001963.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Dalam kajian terhadap ramalan bilangan ketibaan pelancong, pelbagai model ramalan telah diperkenalkan oleh para pengkaji dalam sektor ini. Objektif kajian ini adalah melakukan ramalan terhadap bilangan ketibaan pelancong ke Malaysia berdasarkan negara bermastautin dengan menggunakan bilangan ketibaan pelancong bulanan. Sumber data boleh diperolehi dari laman web Tourism Malaysia. Empat siri masa data bilangan ketibaan pelancong ke Malaysia digunakan dalam kajian ini iaitu Amerika Syarikat, Hong Kong, Jepun dan Australia. Tempoh data kajian adalah dari Januari 1999 hingga Disember 2007. Untuk membentuk model ramalan yang sesuai bagi penelahan terhadap bilangan ketibaan pelancong berdasarkan negara bermastautin, kaedah Purata Bergerak Terkamir Autoregresi (ARIMA) akan digunakan. Hasil analisis menunjukkan model ARMA (1 , 8) bagi negara Jepun berupaya menghasilkan ramalan yang jitu dengan berdasarkan ujian statistik kepada MAPE dimana nilainya adalah terkecil berbanding dengan Amerika Syarikat (ARMA (2, 1)), Hong Kong (ARMA(2, 1)) dan Australia (ARIMA (2, 1,3)).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: foreign tourist, nunber of arrival, AutoRegression Intergrated Moving Average Method, time period, prediction model
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 26 Feb 2014 08:25
Last Modified: 12 Oct 2017 04:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8359

Actions (login required)

View Item View Item