Kajian fasies Formasi Crocker Jalan Kimanis - Keningau dari Km 19 -Km 25

Zuharaiti Mohd Salim, (2005) Kajian fasies Formasi Crocker Jalan Kimanis - Keningau dari Km 19 -Km 25. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001989.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian adalah sepanjang jalan Kimanis ke Keningau dari kilometer 19 hingga kilometer 25 yang terdiri daripada Formasi Crocker. Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan jenis fasies yang terdapat di kawasan kajian berdasarkan litologi yang telah dibuat serta menentukan sekitaran pengendapan bagi Formasi Crocker di kawasan kajian. Kawasan pengendapan ditentukan berdasarkan jenis fasies dan struktur sedimen yang ditemui. Terdapat tiga jenis fasies di kawasan kajian iaitu Fasies B (lapisan batu pasir tebal), Fasies C (selang lapis batu pasir dan batu lumpur) dan Fasies D (syal). Setiap fasies ini memberikan ciri atau sifat yang berbeza. Model sekitaran pengendapan dibina untuk menentukan sekitaran pengendapan Formasi Crocker di kawasan kajian. Daripada apa yang ditemui dan ditafsir, didapati sekitaran pengendapan bagi kawasan kajian adalah di sekitaran Kipas Tengah Laut Dalam. Kajian petrografi menunjukkan punca sedimen dari batuan sedimen, metamorf dan batuan igneus yang dikitar semula. Analisis struktur menunjukkan kawasan kajian dipengaruhi oleh daya tegasan yang bertrend Timur - Barat

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Crocker Formation, type of facies, lithology, sedimentary structures, Petrographic studies
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 06 Mar 2014 08:28
Last Modified: 12 Oct 2017 05:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8442

Actions (login required)

View Item View Item