Keupayaan membuat kertas daripada keladi bunting Eichhornia crassippes (Mart.) Solms

Anette Anak Mamat, (2005) Keupayaan membuat kertas daripada keladi bunting Eichhornia crassippes (Mart.) Solms. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002011.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tumbuhan keladi bunting berasal daripada Amerika Selatan adalah tumbuhan akuatik yang banyak mendatangkan masalah kepada manusia dan ekosistem. Ia tumbuh dengan cepat di dalam air tawar dan telah menjadi masalah kepada banyak negara kerana kehadirannya mengganggu kawasan air tawar dan ia susah dihapuskan. Permintaan terhadap pulpa dan kertas semakin meningkat akibat pertambahan populasi manusia dan peningkatan teknologi yang pesat. Ini menyebabkan sumber bahan mentah seperti pokok kayu untuk menghasilkan kertas semakin berkurangan. Tumbuhan bukan kayu banyak dikaji untuk menghasilkan kertas sebagai sumber serat lain selain tumbuhan berkayu. Dalam kajian ini, keupayaan keladi bunting (Eichhornia crassipes sp.) untuk membuat pulpa dan kertas telah dikaji. Kaedah mempulpa secara Soda telah digunakan. Keladi bunting kering dimasak dalam campuran Soda selama tiga puluh minit pada suhu 100ºC. Nisbah campuran NaOH dan air suling adalah sebanyak 1 :5. Pulpa yang telah dimasak dalam campuran ini dibasuh dengan air yang banyak sebelum dikisar. Pulpa kemudiannya dikisar pada tiga masa pengisaran berlainan iaitu sifar minit (tanpa kisaran), lima minit dan sepuluh minit. Masa pengisaran yang berlainan memberikan ciri-ciri kertas yang berlainan. Hasil pulpa yang diperolehi adalah sebanyak 17.82%. Kertas yang terhasil daripada ketiga-tiga jenis pulpa berlainan ini dinilai menggunakan piawaian ISO dimana daya koyakan, daya ledakan, daya tegangan dan ketebalan kertas dinilai. Pulp a yang dikisar pada masa lima minit memberikan ciri-ciri kertas yang lebih baik berbanding dengan pulpa yang dikisar pada masa sifar minit (tanpa kisaran) dan sepuluh minit. Tumbuhan keladi bunting boleh dijadikan kertas tetapi ia memberikan kuantiti hasil kertas yang rendah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Water hyacinth, soda pulping, paper, wood fiber, ISO standard, ecosystem
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 25 Mar 2014 06:27
Last Modified: 12 Oct 2017 06:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8499

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository