Homestay: Implikasinya terhadap sosioekonomi penduduk tempatan; tinjauan ke atas Kg. Taginambur Kota Belud

Stella Sidil, (2009) Homestay: Implikasinya terhadap sosioekonomi penduduk tempatan; tinjauan ke atas Kg. Taginambur Kota Belud. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002013.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini rnernbuat penelitian mengenai kesan awal ke atas penduduk tempatan berikutan pelaksanaan pelancongan Homestay yang dilaksanakan di Kg. Taginambur, Kota Belud. Aspek kualiti hidup dan proses transformasi kehidupan harian yang dilalui adalah di antara perkara utama yang dibincangkan. Fokus hasil kajian yang dijalankan melalui kaedah kerja lapangan dan tinjauan ke atas pengusaha menggunakan borang soal selidik sebagai sumber data utama mendapati penduduk tempatan di Kg. Taginambur yang sememangnya menginginkan perubahan kini mulai mendapat perhatian sewajarnya hasil dorongan kerajaan. Walau bagaimanapun, impaknya secara langsung masih belum terserlah. Hal ini kerana pelaksanaan pelancongan Homestay belum dapat membawa pulangan yang ketara kepada sosial dan ekonomi yang wajar terhadap penduduk tempatan ini. Namun, secara tidak langsung ia dapat menarik perhatian penduduk tempatan di Kampung ini kerana mewujudkan pekerjaan baru dalam pelancongan yang mempunyai masa depan yang lebih terjamin dan memupuk semangat baru untuk menyesuaikan diri seiring dengan perkembangan ekonomi. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah memberikan gambaran terhadap sejauhmana pembolehubah sosioekonomi penduduk tempatan yang terlibat dalam Homestay telah berubah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: homestay, Kg. Taginambur, quality of life, transformation, socioeconomic, tourism industry
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 14 Mar 2014 03:55
Last Modified: 12 Oct 2017 06:22
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8501

Actions (login required)

View Item View Item