Pengurusan Sisa Pepejal: Kajian Ke Atas Bahan Kitar Semula Oleh Syarikat Swasta Di Bandaraya Kota Kinabalu

Siti Sarah Said, (2009) Pengurusan Sisa Pepejal: Kajian Ke Atas Bahan Kitar Semula Oleh Syarikat Swasta Di Bandaraya Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002015.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Peningkatan jumlah penduduk di Sabah yang semakin ramai dari hari ke hari telah mewujudkan satu tekanan yang hebat terhadap alam sekitar di mana pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan jumlah penghasilan sisa pepejal di Bandaraya Kota Kinabalu. Peningkatan jumlah sisa pepejal ini perlu ditangani dengan segera kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar malah kepada ekosistem semulajadi, kesihatan masyarakat dan ketenteraman sosial. Oleh sebab itu, kita harus menangani masalah ini sebelum ianya menjadi kritikal. Satu-satunya langkah yang terbaik bagi menguruskan sisa pepejal yang semakin menggunung ini adalah dengan melaksanakan proses kitar semula. Aktiviti kitar semula ditubuhkan dengan tujuan untuk mengurangkan kadar pengurusan sisa pepejal oleh pihak berkuasa tempatan yang mana mereka telah banyak membelanjakan kos untuk mengutip dan melupuskan sampah sarap. Dengan ini, kerjasama antara pihak berkuasa tempatan(PBT) dengan syarikat-syarikat swasta adalah penting dalam membantu menguruskan sisa pepejal termasuk penstoran, pungutan, pengangkutan, pemprosesan dan pelupusan sisa pepejal.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: solid waste management, recycle, environment, society healthy, social release
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 14 Mar 2014 04:02
Last Modified: 12 Oct 2017 07:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8503

Actions (login required)

View Item View Item