Status kualiti air sungai dan faktor yang mempengaruhi pencemaran sungai di Sungai Petani pada tahun 2004 hingga 2007

Yaniza Shaira Zakaria, (2009) Status kualiti air sungai dan faktor yang mempengaruhi pencemaran sungai di Sungai Petani pada tahun 2004 hingga 2007. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002016.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai status kualiti atau tahap pencemaran air sungai di kawasan Sungai Petani. Kajian status kualiti air sungai ini lebih tertumpu kepada faktor-faktor guna tanah yang berada berhampiran dengan koridor Sungai Petani, dan didapati penyumbang kepada pencemaran sungai terse but selain daripada faktor perumahan terdapat juga faktor lain seperti faktor perindustrian yang beroperasi berhampiran dengan kawasan tersebut. Sg. Petani dipilih sebagai kawasan kajian kerana didapati sungai tersebut tercemar teruk berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat. Kajian dilakukan dengan melihat status kualiti air sungai petani dari tahun 2004 hingga 2007 berdasarkan data kualiti air yang diperolehi di Jabatan Alam Sekitar di Alor Setar, Kedah. Kajian ini juga akan menggunakan borang soal selidik dan seramai 50 orang responden yang tinggal berhampiran sungai tersebut dipilih, dan perisian statistical package for the social sciences (SPSS) di gunakan untuk mencerakinkan datadata yang telah dikutip. Melalui hasil kajian didapati faktor guna tanah di sepanjang koridor sungai akan mempengaruhi tahap kualiti air sungai. Semakin giat aktiviti yang berlaku dikawasan berhampiran dengan kawasan sungai semakin teruk pencemaran sungai yang berlaku.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: quality status, river, pollution, SPSS, Sungai Petani
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 14 Mar 2014 04:01
Last Modified: 12 Oct 2017 07:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8504

Actions (login required)

View Item View Item