Projek pengkulturan rumpai laut dengan pembangunan sosio-ekonomi kajian kes : Kg. Kabimbangan dan Kg. Look Butun Daerah Semporna, Sabah

Azraffi Ibrahim, (2009) Projek pengkulturan rumpai laut dengan pembangunan sosio-ekonomi kajian kes : Kg. Kabimbangan dan Kg. Look Butun Daerah Semporna, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002020.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana projek pengkulturan rumpai laut di daerah Semporna memberi kesan terhadap pembangunan sosio-ekonomi penduduk tempatan. Kajian juga difokuskan kepada permasalahan penduduk tempatan yang terlibat dengan industri pengkulturan rumpai laut bagi membolehkan cadangan penambahbaikan pembangunan industri pengkulturan rumpai laut dan pembangunan sosio-ekonomi dikenalpasti. Kawasan kajian adalah berfokus kepada kawasan projek pengkulturan rumpai laut di Kampung Kabimbangan dan Kampung Look Butun. Seramai 30 orang responden dijadikan sampel kajian untuk menggambarkan peningkatan taraf hidup dari segi pendapatan dan keselesaan hidup kesan daripada penglibatan dalam industri pengkulturan rumpai laut tersebut. Soal selidik dan pemerhatian di lapangan merupakan pendekatan yang digunakan dan analisis kajian adalah menggunakan SPSS 13.0 (Statistical Package For Social Science). Hasil kajian mendapati bahawa, projek pengkulturan rumpai laut di daerah Sempoma memberi kesan terhadap pembangunan sosio-ekonomi penduduk tempatan dari segi pendapatan dan tahap keselesaan hidup.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: seaweed cultural project, socio-economic development, Kampung Kabimbangan, Kampung Look Butun, SPSS
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 14 Mar 2014 03:48
Last Modified: 12 Oct 2017 08:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8508

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository