Kempen kitar semula di Sabah. Kajian kes: Kesedaran kitar semula di kalangan penduduk di daerah Kudat

Siti Norfazilah Norman, (2009) Kempen kitar semula di Sabah. Kajian kes: Kesedaran kitar semula di kalangan penduduk di daerah Kudat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002039.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Peningkatan aktiviti pembangunan telah memberi kesan yang ketara terhadap peningkatan sisa pepejal. Maka, keadaan ini memerlukan kepada pengurusan sisa pepejal yang lebih efisyen dan salah satu kaedah pengurusan sisa pepejal tersebut adalah kempen kitar semula yang telahpun diperkenalkan di Sabah. Satu kajian tentang kesedaran mengenai kempen kitar semula di kalangan penduduk telah dilakukan di daerah Kudat. Kajian tersebut telah difokuskan kepada tiga buah kawasan kediaman iaitu Taman Perumahan Orkid, Asrama Sekolah Menengah Kudat dan juga di Kampung Pengaraban. Tiga kaedah untuk menjayakan kajian ini iaitu pemerhatian, temubual dan juga soal selidik. Sebanyak 93 orang responden terpilih untuk menjawab soal selidik. Manakala, beberapa responden pula terlibat untuk menjawab temubual. Dapatan kajian mendapati kesedaran penduduk di daerah Kudat mengenai kempen kitar semula adalah di peringkat sederhana. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati peringkat sosioekonomi yang berbeza ada kalanya mempunyai kaitan dengan kesedaran kitar semula dan ada kalanya juga tidak. Antara faktor yang menyebabkan kitar semula penduduk di daerah Kudat adalah kerana 'pengumpulan barangan kitar semula dapat memberikan sumber ekonomi sampingan kepada mereka. Kesemua dapatan kajian tersebut telah dapat menjawab ketiga-tiga obejktif yang telah di rangka dalam kajian ini. Pada akhir kajian ini, pelbagai cadangan telah dirangka bagi meningkatkan kesedaran mengenai kempen kitar semula di kalangan penduduk di daerah Kudat dan cadangan untuk memperbaiki kajian ini pada masa akan datang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: solid waste management, recycling campaign, residential awareness, socio-economy, generates income, Kudat
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Mar 2014 06:24
Last Modified: 13 Oct 2017 01:29
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8539

Actions (login required)

View Item View Item