Penentuan aktiviti antioksida, jumlah fenolik dan flavonoid di dalam Pagiostachys spp. yang terpilih

Ko, Sing Nga (2008) Penentuan aktiviti antioksida, jumlah fenolik dan flavonoid di dalam Pagiostachys spp. yang terpilih. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002064.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kaedah penghapusan radikal bebas (DPPH) digunakan untuk menguji aktiviti antioksida terhadap sembilan ekstrak methanol bagi tiga spesies Plagiostachys (Plagiostachys albiflora, Plagiostachys crocydocalyx, and Plagiostachys brevicucullata) yang terpilih. Jumlah fenolik dan flavonoid juga diuji dengan menggunakan kaedah Folin-Ciocalteu dan kaedah Kolometrik Aluminium Klorida. Tiga spesies Plagiostachys diuji bagi menentukan aktiviti antioksida untuk melihat keupayaan spesies Plagiostachys yang terpilih ini sebagai sumber antioksida semulajadi. Ujikaji dijalankan secara berasingan terhadap daun, batang dan rizom bagi tiga spesies Plagiostachys yang terpilih. Keputusan menunjukkan aktiviti antioksida yang ditunjukkan dalam peratus kesan penghapusan radikal bebas melalui kaedah DPPH adalah tinggi dalam rizom Plagioslachys brevicucullata (84.70±1.65%). Kandungan sebatian fenolik adalah paling tinggi dalam rizom Plagioslachys brevicucullala iaitu 1.530 ± 0.049 mg asid galik/g. Manakala kandungan flavonoid adalah paling tinggi dalam rizom Plagiostachys albiflora iaitu 62.308 ± 0.968 mg katekin/g. Oleh sebab itu, keputusan menunjukkan ekstrak methanol daripada spesies Plagiostachys yang terpilih ini mempunyai potensi untuk digunakan sebagai agen antioksida semulajadi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: methanol extract, DPPH method, total phenolic content, total flavonoid, Folin-Ciocalteu procedure, Colometric Aluminium Chloride method, antioxidants agent
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 Mar 2014 08:34
Last Modified: 13 Oct 2017 01:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8618

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository