Populasi dan jarak perjalanan anuran di kawasan lopak , Kampung Bulong, Tuaran

Kho, Jih Guey (2007) Populasi dan jarak perjalanan anuran di kawasan lopak , Kampung Bulong, Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002157.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan populasi dan jarak perjalanan anuran di kawasan lopak, Kampung Bulong, daerah Tuaran, Sabah. Persampelan dijalankan sebanyak lapan kali dari Ogos 2006 hingga Januari 2007. Bagi setiap lawatan, penangkapan anuran di kawasan lopak dijalankan pada waktu malam pukul 1800 hingga 2300. Kajian dijalankan di mikrohabitat tertentu seperti takungan air, atas rumput, atas daun, atas tanah, dalam lopak, tepi lopak, dan atas pohon kecil. Spesimen yang ditangkap, dikenalpasti spesies, ditanda, dicatat butirannya dan dilepaskan. Sebanyak 201 individu anuran daripada lima spesies telah ditangkap di kawasan lopak. Spesies yang ditemui ialah Limnonectes kuhlii, Polypedales leucomystax, Rhacophorus baluensis, Rana erythraea dan Fejervarya limnocharis. lndeks Kepelbagaian Simpson yang diperolehi bagi kawasan kajian adalab 0.7722. Kaedah Petersen digunakan untuk menganggar saiz populasi anuran di kawasan kajian iaitu dengan purata 332 individu. Nisbah anuran dewasa kepada juvenil ialah 2 : 1. Terdapat hubungan linear yang positif di antara panjang 'snout-vent' dengan berat anuran. Selain itu, didapati bahawa panjang 'snout-vent' berkadar terus dengan jarak perjalanan anuran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Pulation and distance traveled , anuran , wallow Kampung Bulong , Limnonecies kuhlii, Polypedates leucomystax , Rhacophorus baluensis, Rana erythraea and fejervarya limnocharis
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 01 Apr 2014 04:53
Last Modified: 13 Oct 2017 01:50
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8642

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository