Regenerasi Centella asiatica dari petiol

Mohd Zharif Dahalan, (2006) Regenerasi Centella asiatica dari petiol. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002077.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian yang telah dijalankan pada Centella asiatica mendapati bahawa tumbuhan herba ini mengandungi kompaun aktif yang boleh digunakan dalam rawatan beberapa penyakit. Menyedari kepentingan C. asiatica dalam bidang perubatan, pengkulturan tumbuhan herba tersebut telah dilakukan bagi tujuan transformasi tumbuhan tersebut pada masa akan datang. Kajian yang dijalankan dalam projek ini adalah untuk menentukan jenis kultur media yang sesuai untuk regenerasi pucuk dari petiol tentella asiatica. Petiol muda dikultur pada media regenerasi yang berasaskan medium Murashige dan Skoog, 1962 (MS) yang mengandungi samada 2mg/l BAP, 0.1mg/l NAA dan kinetin yang berkepekatan 0,1,2,3 mg/l atau 4mg/l BAP, 0.2Smg/1 NAA dan kinetin yang berkepekatan 0,1,2,3 mg/l. Setelah eksplan dikultur pada media yang mengandungi kombinasi ketiga-tiga hormon tersebut didapati eksplan paling banyak menghasilkan kalus adalah pada media A4 (2mg/l BAP, 0.1mg/l NAA dan 3mg/l kinetin) di mana pada minggu ketiga sebanyak 93.3% eksplan telah menghasilkan kalus. Walaubagaimana pun, kualiti kalus yang paling baik pula adalah kalus pada media A8 ( 4mg/l BAP, 0.25mg/l NAA dan 3mg/l kinetin) di mana kalus nodular telah terbentuk pada minggu kesembilan. Dalam kajian ini juga, pucuk telah berjaya dihasilkan pada media A2 (BAP 2.0mg/l, NAA 0.1mg/l dan kinetin 1.0mg/l) pada minggu ke sepuluh. Secara keseluruhan, objektifkajian tercapai, tetapi kadar penghasilan pucuk oleh eksplan adalah amat rendah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Centella asiatica, shoot regeneration, young petiole segment, Nodula calli
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Apr 2014 06:12
Last Modified: 13 Oct 2017 02:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8659

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository