Kajian penjanaan sisa pepejal di Kg Tobobon, Menggatal, Kota Kinabalu

Zurina Zulkifli, (2009) Kajian penjanaan sisa pepejal di Kg Tobobon, Menggatal, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002081.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Pertambahan penduduk bandar, migrasi ke kawasan bandar dan perubahan corak hidup telah membawa perubahan dalam penggunaan, pembangunan yang pesat memberi impak terhadap peningkatan jumlah penjanaan dan komposisi sisa pepejal. Oleh itu, satu kajian penjanaan sisa pepejal telah dijalankan. Lokasi kajian adalah terletak di Kg Tobobon, Menggatal, Kota Kinabalu. Kajian yang dilakukan memberi tumpuan kepada penjanaan sisa pepejal domestik. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan kadar penjanaan bagi setiap individu dalam sehari dan komposisi sisa yang dihasilkan oleh penduduk di lokasi kajian. Bagi mendapatkan data tersebut, kerja lapangan dijalankan dengan membuat persampelan ke atas 50 buah rumah yang dipilih secara rawak. Kaedah yang digunakan ialah temuramah menggunakan borang soal selidik dan melakukan penimbangan berat sisa pepejal secara insitu menggunakan alat penimbang berkeupayaan 5 kilogram. Sebelum melakukan penimbangan, sisa pepejal diasingkan terlebih dahulu mengikut jenis seperti sisa makanan, plastik, kertas, tin aluminium, kaca dan lain - lain. Maklumat - maklumat yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS ( Statistical Package for Social Science). Hasil kajian mendapati bahawa kadar penjanaan bagi seorang di Kg Tobobon ialah 0.44 kg/orang/hari. Manakala komposisi sisa pepejal terbanyak dihasilkan adalah sisa makanan, 69.19 peratus daripada jumlah keseluruhan sisa pepejal yang dihasilkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: urban, population, rural migration, solid waste, SPSS
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Apr 2014 06:39
Last Modified: 13 Oct 2017 02:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8671

Actions (login required)

View Item View Item