Penghasilan halwa empulur nanas

Chang, Pit Lin (2005) Penghasilan halwa empulur nanas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000266.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan penghasilan halwa empulur nanas adalah untuk membangunkan produk halwa berasaskan empulur nanas yang tidak produktif dan meningkatkan nilai komersilnya. Kaedah asas penghasilan halwa empulur adalah diadaptasikan daripada pemprosesan halwa buah nanas di MARDI. Penghasilan halwa empulur nanas melibatkan proses pemilihan empulur nanas, penceluran, perendaman dalam larutan gula dan pengeringan. Sebanyak 12 formulasi dihasilkan dengan perbezaan kandungan asid sitrik dan kepekatan akhir larutan gula. Keputusan penilaian sensori dengan menggunakan kaedah hedonik berskala menunjukkan bahawa Formulasi 3 mempunyai kepekatan akhir gula 45 °Briks, 0.12 % asid sitrik, 0.02% natrium metabisulfit, 34.32% empulur nanas, 0.38% gula ising, 36.60% dan 28.58% air. Formulasi terbaik dianalisis dan keputusan menunjukkan halwa empulur nanas mengandungi 0.48% protein, 0.22% lemak, 1.49% abu, 8.56% serabut kasar, 14.21 % kelembapan, 75.04% karbohidrat, 6.55mg/100g asid askorbik, nilai pH adalah 3.62, jumlah pepejal terlarut 45.13 °Briks dan kandungan jumlah keasidan 0.45%. Kajian mutu simpanan formulasi terbaik pada beg plastik polipropilene selama 2 bulan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kandungan kelembapan, pepejal terlarut, nilai pH, jumlah keasidan dan juga bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma. Ujian pengguna pula menunjukkan 63% pengguna pemah makan produk halwa, 85% pengguna suka makan halwa empulur nanas dan 68% pengguna akan membeli produk baru ini. Sebagai kesimpulan, halwa empulur nanas berpotensi dikomersilkan sebagai produk baru.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Pineapple, Glace, Pineapple core
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 02:09
Last Modified: 12 Oct 2017 02:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/868

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository