Sistem pencahayaan bagi peti peralatan

Mohd Hasbullah Othman, (2007) Sistem pencahayaan bagi peti peralatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002098.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu sistem pencahayaan dipasang pada peti peralatan bertujuan membantu meningkatkan kebolehannya. Penggunaan sistem pencahayaan pada peti peralatan, sedikit sebanyak memberi kelebihan untuk memastikan objek yang berada dalam peti peralatan dapat dilihat pada suasana persekitaran yang gelap terutama pada saat-saat berlaku kecemasan. Dalam kajian ini satu sistem pencahayaan bagi peti peralatan dibina. Pembinaannya dilakukan dengan mengubahsuai sebuah peti peralatan melalui pemasangan satu sistem pencahayaan yang dikawal oleh suis pengesan cahaya. Sistem ini bertujuan untuk menjimatkan penggunaan tenaga melalui kawalan pensuisan automatik oleh litar pengesan cahaya. Keamatan cahaya yang ditetapkan adalah berdasarkan kemampuan penglihatan untuk menganalisa objek dalam suasana yang gelap. Tahap kemampuan penglihatan yang minimum dijadikan kadar keamatan cahaya minimum untuk operasi litar pengesan iaitu pada nilai (2.00 ± 0.01) V oleh bacaan meter keamatan cahaya mudah. Bagi melengkapkan peti dengan sistem pencahayaan, ubahsuai dilakukan bagi memastikan peti peralatan dapat berfungsi dengan baik setelah dilengkapi sistem pencahayaan. Sistem pencahayaan bagi peti perlatan berfungsi dengan menyalakan lampu pada kadar keamatan cahaya yang kurang dari kadar keamatan cahaya minimum dan bertindak memutuskan litar sebaik keamatan cahaya yang mencukupi dikesan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: tool box, lighting system, dark condition, intensity, light sensor circuit
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 04 Apr 2014 08:04
Last Modified: 13 Oct 2017 02:23
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8692

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository