Audit sisa pepejal dan penilaian tahap kesedaran pelajar mengenai program kitar semula di Kolej C/D, UMS

Wan Zul Aklima Wan Sulaiman, (2007) Audit sisa pepejal dan penilaian tahap kesedaran pelajar mengenai program kitar semula di Kolej C/D, UMS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002100.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dibuat untuk mengaudit sisa pepejal yang terhasil dan menganalisa mengenai tahap kesedaran pelajar mengenai program kitar semula di Kolej C/D. Pengklasifikasi jenis sisa pepejal dan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh pelajar dilakukan untuk mengetahui kuantiti sampah yang boleh dikitar semula. Penganalisisaan menunjukkan kadar penghasilan sisa pepejal di Kolej C/D adalah 369.71 kg. Berdasarkan jumlah sampah yang dihasilkan, hanya ¼ daripada sisa pepejal yang dihasilkan merupakan sisa yang tidak boleh dikitar semula. Kajian ini juga melihat perbandingan tahap kesedaran pelajar mengenai program kitar semula sebelum dan selepas program kitar semula yang dijalankan di Kolej C/D melalui kajian borang soal selidik yang dilakukan. Faktor-faktor yang dilihat untuk menilai tahap kesedaran pelajar adalah melalui kefaharnan pelajar tentang maksud kitar semula dan pengaplikasiannya, pengaruh pengetahuan kitar semula terhadap gaya hidup dan kesedarannya serta pemahaman jenis sisa yang boleh dikitar semula atau tidak. Dari analisis ujian-t yang dilakukan, hanya faktor pemahaman jenis sisa yang boleh dikitar semula atau tidak, menunjukkan nilai signifikan iaitu p=0.028 (p<0.05). Faktor kefahaman pelajar tentang maksud kitar semula dan pengaplikasiannya, p=0.375 (p>0.05) serta pengaruh pengetahuan kitar semula terhadap gaya hidup dan kesedarannya, p=0.489 (p>0.05) menunjukkan nilai yang tidak signifikan. Keseluruhan hasil yang diperolehi mendapati tahap kesedaran pelajar adalah tidak memuaskan. Penyebaran maklumat tentang isu kitar semula, sokongan serta kerjasama dari pelajar dan semua pihak adalah cara penyelesaian yang terbaik untuk meningkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai kitar semula di Kolej C/D, UMS

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: waste, recycle, quantity recyclable waste, C/D residential, consciousness student level, t-test analysis
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 08 Apr 2014 03:24
Last Modified: 13 Oct 2017 02:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8694

Actions (login required)

View Item View Item