Kajian aktiviti antibakteria ekstrak herba terpilih

Nor Adila Ramzan, (2007) Kajian aktiviti antibakteria ekstrak herba terpilih. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000337.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan terhadap 10 sampel herba iaitu Allium sativum, Aloe vera, Andrographis paniculata, Curcuma domestica, Euphorbia tirucalli, Melastoma imbricatum, Ocimum sanctum, Orthosiphon stamineus, Piper betle dan Tinospora crispa untuk mengkaji aktiviti antibakteria berdasarkan penggunaannya dj dalam rawatan tradisional. Sebanyak 3 spesies bakteria gram negatif iaitu Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Salmonella typhymurium dan 1 spesies bakteria gram positif iaitu Staphylococcus aureus telah digunakan. Ujian antibakteria dilakukan menggunakan kaedah peresapan piring. Keputusan ujian direkodkan berdasarkan nilai diameter zon perencatan yang terbentuk. Perencatan yang terhasil dipercayai berpunca daripada jumlah dan jenis kompaun aktif tertentu yang terkandung di dalam setiap spesies herba tersebut. Hasil yang didapati daripada ujian antibakteria ini menunjukkan bahawa sampel Piper betle telah mampu merencat pertumbuhan keempat-empat bakteria dengan efisien. Diameter zon perencatan maksimum yang direkodkan adalah 12.8mm. Data juga menunjukkan bahawa bakteria S. aureus merupakan bakteria yang paling rentan terhadap sampel yang diuji. Diameter zon perencatan yang terbentuk dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti komposisi biokimia sampel, kepekatan sampel dan tahap keresistenan bakteria yang diuji.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Herbs, Antibacterial activity, Traditional medicine, Biochemistry, Actibacterial test
Subjects: R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 25 Nov 2011 10:08
Last Modified: 12 Oct 2017 07:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/871

Actions (login required)

View Item View Item