Penentuan kepekatan logam kuprum di dalam sampel air berdasarkan kaedah beza upaya

Raja Nor Amima Raja Mazlan, (2007) Penentuan kepekatan logam kuprum di dalam sampel air berdasarkan kaedah beza upaya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002102.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Menjelang abad ke-21, pelbagai teknologi moden telah dicipta untuk memudahkan sesuatu kerja dilakukan. Namun, di sebalik arus kemodenan ini, persekitaran alam kian tercemar. Pelbagai bahan buangan seperti sisa pepejal dan logam, bahan toksik, dan bahan-bahan yang berbahaya telah menyulitkan lagi persekitaran alarn yang tercemar. Logam didapati mempunyai potensi yang besar untuk merbahayakan nyawa manusia dan hidupan seperti tumbuhan dan haiwan jika didapati dalam amaun yang banyak. Kajian yang akan dilakukan adalah untuk mendapatkan nilai beza keupayaan di antara dua elektrod logam dalam sesuatu sampel air dengan cara mendapatlcan nilai voltan yang terhasil daripada perbezaan keupayaan voltan antara elektrod yang dibina melalui sel elektrolisis dan ion kuprum yang hadir di dalam elektrolitnya. Kaedah yang akan digunakan adalah dengan melakukan beberapa kalibrasi untuk mendapatkan nilai kepekatan kuprwn di dalam sampel air. Kalibrasi voltan-suhu dilakukan untuk mendapatkan bacaan suhu apabila nilai voltan yang tertentu digunakan. Seterusnya dengan melakukan kalibrasi kepekatan, kepekatan kuprwn dapat diketahui dengan melihat pada bacaan voltan yang ditunjukkan pada alat tersebut berpandukan kepada nilai suhu yang diukur. Hasil yang didapati kemudiannya dibuat perbandingan dengan menggunakan suatu alat iaitu potensiometri. Hasil ujikaji ini menunjukkan kepekatan logam kuprum bagi sampel air di parit di kawasan perindustrian Kolombong adalah tinggi iaitu bernilai 138.50 Molar dengan menggunakan multimeter, dan 136.15 Molar iaitu dengan menggunakan potensiometri.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: copper, water, differential potential, electrode, voltage value, electrolysis cell, Voltage-temperature, potentiometer
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 May 2014 02:19
Last Modified: 13 Oct 2017 02:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8735

Actions (login required)

View Item View Item