Sejarah perkembangan sistem pentadbiran dan politik di daerah Semporna, 1887-1985

Juliah Mohd Yunus, (2009) Sejarah perkembangan sistem pentadbiran dan politik di daerah Semporna, 1887-1985. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002104.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kewujudan Daerah Semporna sebagai sebuah pusat pentadbiran yang tersusun dan berorganisasi dari segi sejarahnya adalah signifikan kepada pembangunan daerah ini. Kewujudan kawasan Semporna sebagai sebuah entiti pentadbiran bermula pada tahun 1887 apabila ia dibuka secara rasmi oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Sebelum itu, sememangnya sudah wujud institusi pentadbiran tempatan di kawasan ini tetapi tidak seragam kerana bergantung kepada faktor kepimpinan seorang ketua. SBBUB telah menyerap institusi pentadbiran yang ada ini ke dalam struktur pentadbiran yang paling rendah dalam SBBUB. Cara ini telah diwarisi oleh kuasa Imperalis Jepun semasa memerintah di kawasan Semporna. Terdapat di kalangan penduduk tempatan yang dijadikan sebagai kempetai. Pentadbiran koloni British pula menjadi titik tolak kepada penglibatan yang lebih luas kepada penduduk tempatan untuk menceburkan diri dalam bidang pentadbiran tanah air mereka. Justeru, pad a tahun 1960-an selepas penyertaan dalam Malaysia daerah Semporna mengalami perkembangan sistem pentadbiran yang sangat memberangsangkan dengan perluasan peranan Pejabat Daerah Semporna dan pertambahan kakitangannya. Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri yang semakin bertambah di daerah ini membuktikan bahawa perubahan dalam fungsi pentadbiran daerah ini seiring dengan arus pembangunan. Sesungguhnya, kesedaran dan proses kematangan penduduk tempatan dalam bidang politik selama hampir 25 tahun (1963-1985) ini dapat dinilai melalui beberapa peringkat pilihan raya yang berlangsung dalam tempoh masa tersebut. Pembentukan identiti bangsa dalam kematangan ini akhirnya telah memberi kesan kepada sistem kemasyarakatan, nilai dan sikap ke arah pemodenan daerah ini di masa akan datang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: administrative structure, district Office, political maturity, development
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 May 2014 02:16
Last Modified: 13 Oct 2017 02:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8737

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository