Keberkesanan rumput laut tiruan sebagai habitat hidupan marin

Raja Dain Jazlands Shah Raja Abdul Rahman, (2006) Keberkesanan rumput laut tiruan sebagai habitat hidupan marin. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002106.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian keberkesanan rumput laut tiruan sebagai habitat hidupan marin dilakukan di kawasan bersebelahan Jeti Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini dijalankan pada bulan Julai 2005 hingga Disember 2005. Kajian ini tertumpu kepada analisa terhadap kehadiran organisma di kawasan rumput laut tiruan. Secara umumnya, kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pemerhatian, pengenalpastian spesies organisma yang hadir di kawasan kajian dan mengambil gambar sebagai rekod. Produk rumput laut tiruan Dorken AER (Artificial Enginered Rubber) System telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian mensasarkan objektif bagi mengkaj i keberkesanan rumput laut tiruan sebagai kawasan habitat alternatif, kepelbagaian spesies organisma yang hadir di kawasan kajian dan mengenalpasti spesies ikan dan hidupan marin yang hadir di kawasan kajian. Sejumlah 948 individu daripada 42 famili telah direkodkan. Setiap individu yang direkodkan telah dikategorikan kepada 7 filum utama iaitu Annelida, Arthropoda, Kordata, Cnidaria, Echinodermata, Moluska dan Platyhelminthes. Filum Kordata mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 756 individu (79.75%) dan diikuti oleh filum Moluska sebanyak 137 individu (14.45%), filum Cnidaria sebanyak 23 individu (2.43%), filum Echinodermata sebanyak 15 individu (1.58%), filum Arthropoda sebanyak 7 individu (0.74%) dan filum Annelida sebanyak 6 individu (0.63%). Manakala filum Platyhelminthes pula mencatatkan jumlah individu yang paling sedikit ditemui iaitu hanya sebanyak 4 individu sahaja (0.42%). Kajian ini turut merekodkan sejumlah 756 ikan (filum Kordata) daripada 20 famili. Famili Engraulidae mencatatkan peratus kehadiran yang tertinggi iaitu sebanyak 25.93% (196 ekor) diikuti oleh famili Pomacentridae iaitu sebanyak 16.67% (126 ekor). Dari segi pertambahan ikan, didapati berlaku pertambahan peratus kehadiran ikan dari bulan pertama (Julai) pensampelan hingga bulan kelima (November) pensampelan, iaitu pertambahan berlaku dari 2.38% hingga mencapai 29.23%. Pada bulan keenam (Disember) pensampelan berlaku penurunan peratusan ikan iaitu kepada 21.69%. Secara keseluruhannya, rumput laut tiruan didapati amat sesuai sebagai habitat hidupan marin dan ia sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja di kawasan pesisir pantai.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: seagrass, observation, Artificial Enginered Rubber system, habitat, species identification, marine organism
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 Apr 2014 06:28
Last Modified: 13 Oct 2017 02:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8739

Actions (login required)

View Item View Item