Kesan seed-pelleting ke atas pembintilan dan hasil biji kacang hijau (Vigna radiata)

Nurul Nadiah Yusoff, (2007) Kesan seed-pelleting ke atas pembintilan dan hasil biji kacang hijau (Vigna radiata). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002118.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini hertujuan untuk membandingkan bilangan bintil dan hasil biji kacang hijau yang telah dibalut menggunakan bahan-bahan pembalut yang berbeza. Bahan pembalut yang digunakan adalah kapur (CaCO₃), tanah liat, CIRP dan tepung gandum. Biji benih kacang hijau yang digunakan pula adalah dari varieti VC 2764 A. Cerapan telah dibuat ke atas bilangan nodul, berat 100 biji, bilangan biji per plot, berat kering bahagian atas pokok dan juga berat kering bahagian akar pokok. Dari cerapan yang telah dilakukan adalah didapati bahawa terdapat perbezaan bererti di antara jenis bahan pembalut yang digunakan bagi kebanyakan parameter yang dikaji. Walau bagaimanapun, berat 100 biji (saiz biji) dan bilangan biji per plot tidak signifikan di antara bahan-bahan pembalut yang digunakan. CIRP memberikan bilangan nodul yang paling tinggi. Kapur memberikan bacaan berat kering bahagian atas yang paling tinggi. Tepung gandum memberikan bacaan berat kering bahagian akar yang paling tinggi. Dari cerapan yang telah dilakukan, baja CIRP didapati sesuai untuk dijadikan bahan pembalut bagi biji benih kacang hijau.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: nodule, mungbean, pelleting material, CIRP, dry matter, root system
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 Apr 2014 06:31
Last Modified: 13 Oct 2017 02:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8760

Actions (login required)

View Item View Item