Geologi am dan geologi struktur kawasan Nalapak, Ranau

Flora Anne Asalin, (2007) Geologi am dan geologi struktur kawasan Nalapak, Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000261.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Pekan Ranau sehingga Kg. Nalapak, Ranau iaitu meliputi garis latitud 050 56'U - 060 OO'U dan garis longitud 1160 40'T - 1160 47'T. Ia meliputi kawasan dengan keluasan 117km2. Kawasan ini terdiri daripada empat jenis batuan yang berbeza iaitu Jujukan Ofiolit, Formasi Trusmadi, Fonnasi Crocker dan aluvium Kuatemer. Jujukan ofiolit di kawasan kajian diwakiIi oleh batuan serpentinit yang mana telah tersungkup di atas Fonnasi Trusmadi. Formasi Trusmadi terdiri daripada empat unit litologi iaitu batuan berargilit, jujukan seJang lapis, kataklasit dan batu pasir masif. Formasi Crocker pula terdiri daripada unit batu pasir masif, unit batu pasir dan syal, unit syal kelabu dan unit syal merah. Aluvium Kuatemer yang terdapat di kawasan kajian terdiri daripada endapan kuatemer dan Kerikil Pinousuk. Melalui analisis struktur geologi, didapati kawasan kajian sekurang-kurangnya telah mengalami dua kali canggaan tektonik yang bertrend Barat Laut - Tenggara dan Barat Daya - Timur Laut. Daya-daya ini mungkin dikaitkan dengan aktiviti pembukaan lembangan Laut China Selatan pada masa Eosen Akhir hingga Miosen Awal.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Geology, Structure geology, Nalapak area, Ranau, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 28 Oct 2011 08:32
Last Modified: 12 Oct 2017 07:40
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/877

Actions (login required)

View Item View Item