Geologi am dan kajian kestabilan cerun kawasan Bundu Tuhan-Kundasang, jalan raya Tamparuli Sandakan, Sabah

Ban, Zhuan (2007) Geologi am dan kajian kestabilan cerun kawasan Bundu Tuhan-Kundasang, jalan raya Tamparuli Sandakan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002128.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian tertumpu di Bundu Tuhan-Kundasang (T 116°30' ke T 116°38' dan U 5°57' ke U 6°02'). Objektif kajian ini adalah untuk memahami geologi am kawasan kajian, memetakan lokasi kegagalan cerun, menganalisis kestabilan cerun, mengkaji faktor-faktor kegagalan cerun dan menghasilkan suatu peta geologi yang terkini di kawasan kajian. Kawasan ini terletak di bawah Formasi Trusmadi (lewat Paleosen-awal Eosen) yang terdiri daripada batuan berargilit, kataklasit, batu pasir masif dan s6lang lapis batu pasir dan syal; Formasi Crocker (Eosen-Miosen) yang terdiri daripada selang lapis flysch, lapisan tebal batu pasir, lapisan nipis batu pasir dan lodak, syal merah dan kelabu serta endapan nendatan; dan Gravel Pinousuk yang terdiri daripada endapan tilloid terkonsolidasi, tidale terbahagi dan tidak terstratifikasi. Me1alui analisis petrografi, didapati batuan Formasi Trusmadi dikelaskan sebagai 'arkos wale' manakala batuan Formasi Crocker dikelaskan sebagai 'kuarza wale'. Analisis struktur-struktur geologi menunjukkan bahawa arah daya canggaan yang dikenakan ke atas kawasan kajian ialah Barat Laut-Tenggara. Sampel-sampel tanah bersifat asid lemah dan bes lemah (5.44-7.37), mempunyai kandungan kelembapan yang sederhana (16.42%-30.090%) dan berkandungan bahan organik rendah (0.64%-2.66%). Sampel-sampel tanah dikelaskan sebagai 'lempung', 'lodak berpasir & berlempung' dan 'lempung berpasir dengan lodale'. Semua sam pel tanah bersifat keplastikan rendah hingga sederhana. Kekuatan ricih tanah berjulat antara 26.73 kPa dan 68.25 kPa (lembut-sederhana). Nilai kebolehtelapan menunjukkan sampel tanah tidak telap (1.989 x 10�¹� m/s - 8.846 X 10��m/s). Berdasarkan ujian beban titik, kekuatan batuan dikelaskan sebagai sangat lemah dan sederhana lemah (0.97 MPa-3 .87 MPa). Permodelan hirisan mudah menunjukkan kelima-lima cerun batuan kajian tidak selamat dan berpotensi gagal (faktor kegagalan tanpa geseran: 0.26-0.97). Ujian Markland menunjukkan corak kegagalan major bagi cerun-cerun SB/003 dan SB/005 ialah jenis lingkaran serta baji manakala cerun-cerun yang lain ialah jenis satah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Bundu Tuhan-Kundasang, geology, slope, geological map, Trusmadi Formation, Markland Test
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 Apr 2014 04:39
Last Modified: 13 Oct 2017 02:56
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8771

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository