Penyatuan semula Jerman, 1945-1990

Muhd Minsya Baharudin, (2009) Penyatuan semula Jerman, 1945-1990. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002132.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif utama tesis ini ditulis ialah untuk membincangkan perjalanan proses penyatuan semula Jerman dari tahun 1945 sehinggalah tahun 1990. Proses penyatuan Jerman ini telah berlaku sebanyak tiga kali. Penyatuan yang pertama berlaku selepas tercetusnya era Revolusi Perancis. Penyatuan ini dipimpin oleh Otto Eduard leopold von Bismarck, iaitu seorang putera raja dari empayar Prusia. Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab mengetengahkan idea penyatuan ini. Penyatuan kedua pula berlaku di era Adolf Hitler. Hitler telah menghalalkan apa jua cara bagi merealisasikan impian untuk melihat sebuah negara dengan entiti bangsa Jerman. Dasar-dasarnya yang agresif dan radikal seperti Lebensraum, Anschluss dan penghapusan bangsa Yahudi di Eropah akhirnya telah membawa kesengsaraan kepada rakyat Jerman. Kekalahan Jerman pada Perang Dunia Kedua membuka episod duka dalam sejarah bangsa Jerman. Wilayah-wilayah Jerman telah dibahagikan kepada pihak Berikat dan ditadbir mengikut zon-zon pendudukan yang telah ditetapkan. Keadaan ini bertambah parah pada era Perang Dingin yang berlaku antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Tembok Berlin telah dibina sepanjang bandaraya Berlin bagi mengelakkan berlakunya interaksi antara Jerman Barat dan Jerman limur. Kedua-dua penyatuan yang terdahulu merupakan pemangkin dan pendorong kepada tercetusnya gerakan bagi menyatukan semula wilayah-wilayah Jerman. Penyatuan kali ketiga ini berjaya direalisasikan hasil dari kecekalan dan ketabahan para pemimpin serta rakyat Jerman di kedua-dua wilayah. Setiap dasar dan polisi negara dilaksanakan secara berhati-hati dan penuh toleransi. Pihak Berikat yang terdiri daripada Perancis, Britain dan Amerika Syarikat serta Kesatuan Soviet turut memainkan peranan penting dalam penyatuan semula Jerman. Tanpa persetujuan serta sokongan dari kuasa-kuasa ini, penyatuan ini mungkin tidak dapat dicapai dan proses penyatuan akan mengambil masa yang lebih lama.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Germany, reunification, French Revolution, Adolf Hitler, Otto Eduard von Bismarck, Cold War, Berlin Wall
Subjects: D History General and Old World > DD Germany
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 Apr 2014 03:10
Last Modified: 13 Oct 2017 02:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8775

Actions (login required)

View Item View Item