Etnomatematik: Kewujudan geometri pada corak kain tradisi pua kumbu Sarawak

Diana Satereen Anak Nelson Sinju, (2008) Etnomatematik: Kewujudan geometri pada corak kain tradisi pua kumbu Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002133.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji wujudnya geometri pada pua kumbu yang merupakan kain tradisi kaum Iban di Sarawak. Kajian ini juga memfokus kepada corak -corak yang terdapat pada pua kumbu. Corak geometri pada pua kumbu ini telah dikaji melalui transformasi geometri iaitu translasi, putaran, pantulan dan pantulan luncuran. Selain daripada itu, kajian ini juga melihat jika terdapatnya ciri-ciri simetri suatu corak yang terdapat pada pua kumbu melalui 17 jenis kumpulan simetri Wallpaper. Walaupun corak-corak yang terdapat pada pua kumbu bukan sekadar terdiri daripada geometri asas, ianya juga mempunyai bentuk geometri yang figuratif. Perisian grafik seperti Adobe Photoshop 7.0 dan CorelDraw 11 serta perisian matematik iaitu The Geometer 's Sketchpad 4.05 telah digunakan bagi melakar serta menjelaskan setiap corak yang telah terhasil. Hasil kajian mendapati bahawa suatu lakaran corak yang menyerupai corak asal boleh dikupas secara terperinci dan dijelaskan berlandaskan konsep geometri. Transformasi geometri juga telah dilakukan terhadap corak pua kumbu dan dikenalpasti corak-coraknya melalui 17 jenis kumpulan simetri Wallpaper. Manakala, suatu bentuk persamaan matematik iaitu persamaan linear telah terhasil bagi menghubungkaitkan corak dengan konsep matematik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: geometrical design, Iban, pua kumbu, textile, symmetry, transformation, pattern, linear equation
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 Apr 2014 03:20
Last Modified: 13 Oct 2017 02:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8776

Actions (login required)

View Item View Item