Kajian mengenai sifat -sifat angin dan mengenalpasti potensi Sabah dalam membangunkan sistem penjana kuasa tenaga angin

Shechiyumi Ontot, (2008) Kajian mengenai sifat -sifat angin dan mengenalpasti potensi Sabah dalam membangunkan sistem penjana kuasa tenaga angin. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002139.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kemajuan dan pembangunan negara memerlukan kepada dokongan bekalan sumber tenaga yang bukan sahaja berkekalan, tetapi juga bersih, selamat dan menjimatkan. Tenaga yang boleh diperbaharui merupakan alternatif yang terbaik kerana ia bebas daripada kesan tersebut. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan tenaga yang boleh diperbaharui sebagai sumber tenaga kelima selepas petroleum, gas asli, arang batudan tenaga hidro. Kajian tesis ini adalah sebagai langkah awal dalam menentukan sama ada Sabah sesuai dalam membangunkan sistem penjana kuasa tenaga angin bagi tujuan untuk mendapatkan bekalan tenaga elektrik serta mengkaji sifat-sifat angin ditempat yang telah dipilih. Data angin yang digunakan dalam kajian ini diambil daripada jabatan meteorologi Sabah bagi tahun 1996-2007. Fungsi taburan densiti Weibull di setiap stesen kaji cuaca di Sabah iaitu stesen kaji cuaca Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan dan Tawau telah dikira berdasarkan dapatan data pada tahun 2007 yang telah diperolehi dan juga parameter shape Weibull, k dan parameter skala, c iaitu 3.90 dan 2.18 bagi Kota Kinabalu, 3.26 dan 2.69 bagi Kudat, 3.24 dan 2.67 bagi Sandakan dan 3.64 dan 1.92 bagi Tawau. Merujuk kepada pengiraan kuasa bagi setiap stesen, min ketumpatan kuasa tahunan berdasarkan nilai fungsi Weibull, Kota Kinabalu mencatatkan 5.85 W/m², Kudat mencatatkan 11.55 W/m², Sandakan mencatatkan 11.3 W/m² dan Tawau mencatatkan 4.05 W/m². Keputusan ini menunjukan bahawa Sabah mempunyai dua daerah yang berpotensi untuk membangunkan sistem penjana kuasa tenaga angin iaitu Kudat dan Sandakan. Sistem ini adalah "Kincir Angin Kelajuan Rendah" (KAKAR).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: energy generation system, renewable energy, wind, meteorology station, Weibull
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 Apr 2014 03:02
Last Modified: 13 Oct 2017 03:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8782

Actions (login required)

View Item View Item