Penyaringan sebatian fitokimia (alkaloid, antrakuinon, tanin dan sebatian polifenol) dan ujian penyaringan perencat MSG5 terhadap strain yis MKK1P³�¹-MSG5 dalam tumbuhan ubatan

Khairi@ Muhd Khairi Jumil, (2006) Penyaringan sebatian fitokimia (alkaloid, antrakuinon, tanin dan sebatian polifenol) dan ujian penyaringan perencat MSG5 terhadap strain yis MKK1P³�¹-MSG5 dalam tumbuhan ubatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002142.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini melibatkan penyaringan sebatian fitokimia iaitu ujian alkaloid, antrakuinon, tanin dan sebatian polifenol tumbuhan ubatan, serta penyaringan ke atas perencatan MSG5 ke atas strain yis mutan MKK 1 P386 -MSG5 dengan menggunakan ekstrak methanol tumbuhan ubatan. Sebanyak 14 sampel tumbuhan yang diambil dari hutan kecil daerah Ranau untuk tujuan penyaringan iaitu Alstonia scholaris, Blumea balsamifera, But-but, Derris sinuala, Elephantopus scaber, Elusine indica, Erechtites valerianifolia, Gendarrusa vulgaris, Guioa bijuga, Lantana camara L., Mentha arvensis L., Piper bettie L., Stachytarpheta jamaicensis dan Urena lobata. Daripada ujikaji kesemua sampel tumbuhan memberikan tindakbalas positif mengandungi sebatian Alkaloid dan Sebatian Polifenol. Bagi ujian antrakuinon, 6 sampel tumbuhan dikenalpasti mengandungi antrakuinon bebas melalui ujian Borntrager iaitu Blumea balsamifera, But-but, Elephanlopus scaber, Lantana camara L., Mentha arvensis L., dan Piper bettie L., manakala ujian antrakuinon yang terikat sebagai C-glikosida mendapati terdapat 4 sampel tumbuhan yang memberikan keputusan positif iaitu Butbut, Elephanlopus scaber, Lantana camara L. dan Urena lobata. Manakala hanya 8 sampel yang mengandungi tanin melalui ujian Ferum klorida (FeCI₃) dan ujian garam gelatin iaitu Blumea balsamifera, Elephantopus scaber, Elusine indica, Erechtites valerianifolia, Guioa bijuga, Mentha arvensis L., Stachytarpheta jamaicensis dan Urena lobata. Bagi penyaringan perencatan MSG5, kesemua sampel tumbuhan ubatan tidak menunjukkan sebarang aktiviti perencatan mahupun kesan toksik ke atas pertumbuhan yis mutan MKKIP386_MSG5 berdasarkan keputusan negatif yang diperolehi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: phytochemical, screening, MSG5 inhibitor, Urena lobata, antraquinon test, alkaloid, poliphenol, methanol plant extract
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 Apr 2014 03:04
Last Modified: 13 Oct 2017 03:06
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8791

Actions (login required)

View Item View Item