Penyaringan sebatian fitokimia dan ujian penyaringan perencatan GSK-3β terhadap strain yis H10075 ke atas paku-pakis ubatan

Muhamad Nur Asis Hannase, (2007) Penyaringan sebatian fitokimia dan ujian penyaringan perencatan GSK-3β terhadap strain yis H10075 ke atas paku-pakis ubatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002145.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Serbuk kering lima belas sampel spesies paku-pakis iaitu Acrostichum aureum, Asplenium nidus, Blechnum orientale, Cyathea contaminans, Dicranopteris linearis, Dipteris conjugata, Drymoglossum piloselloides, Lycopodium cemuum, Lygodium flexuosum, Lygodium microphyllum, Nephrolepis biserrata, Pteris mertensioides, Selaginella neei, Selaginella plana dan Tectaria vasta yang di perolehi di sekitar negeri Sabah telah diekstrak menggunakan pelarut 100% (v/v) metanol, 100% (v/v) aseton dan 100% (v/v) kloroform. Sebatian fitokimia yang disaring dalam kajian ini ialah alkaloid, gula deoksi pada glikosida kardium dan tanin serta polifenol. Pada ujian aktiviti biologi, penyaringan perencatan GSK-3β menggunakan yis strain H10075 dijalankan bagi mencari agen antikanser. Hasil kajian menunjukkan bahawa alkaloid hadir pada spesies A. nidus, B. orientale, C. contaminans, D. linearis, D. conjugata, L. flexuosum, L. microphyllum, L. cemuum, S. plana, S. neei, P. mertensioides dan D. piloselloides dalam ekstrak metanol, D. conjugata dalam ekstrak kloroform dan semua spesies kecuali C. contaminans dalam ekstrak aseton. Glikosida kardium pula hadir pada spesies A. nidus, B. orientale, C. contaminans, D. linearis, D. conjugata, T. vasta, L. flexuosum, L. microphyllum, L. cemuum dan D. piloselloides dalam ekstrak metanol, L. cernuum dan T. vasta dalam ekstrak aseton dan L. cernuum dalam ekstrak kloroform. Tanin dan polifenol hadir pada semua ekstrak metanol dan aseton manakala hanya polifenol hadir pada spesies B. orientale, D. linearis, D. conjugata, S. neei, P. mertensoides dan D. pilloseiloides dalam ekstrak klorofonn. Bagi ujian penyaringan perencatan GSK-βp pula, L. cernuum bagi ekstrak metanol, N biserrata, D. conjugata dan A. aureum bagi ekstrak aseton dan D. conjugata, D. linearis, A. nidus dan L. microphyllum bagi ekstrak kloroform menunjukkan potensi sebagai agen perencat GSK-3β. Aktiviti perencatan tertinggi (sebanyak 27 mm) terhadap GSK-3β dicatatkan pada ekstrak aseton spesies Acrosticum aureum.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: dry powder, phytochemical compound, GSK-3β inhibitor, yeast strain H10075, acetone extract, alkaloid
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 Apr 2014 03:02
Last Modified: 13 Oct 2017 03:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8794

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository