Penyelesaian persamaan terbitan biasa dengan kaedah Penguraian Adomian

Soong, Kit Yee (2007) Penyelesaian persamaan terbitan biasa dengan kaedah Penguraian Adomian. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002162.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Dalam kajian ini, satu kaedah yang agak baru dikenali sebagai kaedah Penguraian Adomian akan diaplikasikan dalam penyelesaian persamaan terbitan linear dan tak linear. Kaedah ini merupakan satu pendekatan baru untuk memperoleh penyelesaian hampiran secara beranalisis bagi kebanyakkan kes di mana persamaan terbitan biasa terutamanya bagi masalah yang tak linear yang tidak dapat diselesaikan secara beranalisis. Kaedah Penguraian Adomian digunakan untuk memperoleh penyelesaian hampiran berangka persamaan terbitan biasa yang linear dan tak linear tanpa melibatkan pendiskretan. Satu perbandingan secara berangka antara kaedah Penguraian Adomian dan satu kaedah klasik iaitu kaedah Runge-Kutta 4-tahap dipersembahkan. Keputusan yang diperoleh menunjukkan kaedah Penguraian Adomian adalah agak tepat, efektif, dan mudah digunakan untuk mendapatkan penyelesaian hampiran secara beranalisis dan secara berangka.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Adomian decomposition method, numerical approximate solution, nonlinear ordinary differential equation, fourth-order Runge-Kutta method
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 22 Apr 2014 01:14
Last Modified: 13 Oct 2017 03:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8803

Actions (login required)

View Item View Item