Pengklonan dan penjujukan DNA retrovirus endogenus daripada ikan marin Sabah

Nabila Hana Ab Hamid, (2007) Pengklonan dan penjujukan DNA retrovirus endogenus daripada ikan marin Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002170.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengklon dan mendapatkan jujukan gen transkriptase berbalik (RT) dan gen protease (PRO) retrovirus endogenus dari ikan marin Sabah. Tujuh sampel ikan berlainan spesis telah melalui pengekstrakan genomik DNA di mana lima darinya mendapat keputusan positif dengan menghasilkan jalur tunggal setelah melalui analisa gel elektroforesis. Lima sampel yang mendapat hasil positif ini kemudiannya diamplifikasikan gen transkriptase berba1ik (RT) dan gen protease (PRO) dengan menjalani tindakbalas berantai polimerase (PCR). Langkah ini dijalankan bagi membuat banyak salinan gen-gen yang dikehendaki dengan menggunakan dua primer universal iaitu PRO (protease) dan RT (transkriptase berbalik). Dua sampel ikan iaitu ikan Merah dan ikan Sebelab telah memberikan hasil positif dengan penghasilan produk PCR bersaiz sekitar 600 hingga 900 pasangan bes. Kedua-dua sampel telah dipotong dari gel agaros dan dipurifikasikan. Kejayaan proses purifikasi membawa kepada proses seterusnya iaitu transformasi gen ke dalam vektor plasmid dan seterusnya kemasukan vektor tersebut ke dalam sel perumah iaitu E. coli DH5α. Hasil transformasi ini kemudiannya dikultur di atas piring media LB/amp/X-gal. Koloni putih yang dihasilkan oleh kedua-dua sampel digunakan dalam proses seterusnya iaitu miniprep dan pemotongan plasmid. Langkah terakhir iaitu pemotongan menggunakan eozim pembatasan memberikan hasil positif dengan menghasilkan jalur dalam lingkungan saiz 600 hingga 900 pasangan hes. Kedua-dua sampel telah dihantar untuk proses penjujukan ke MacroGen bertempat di Seoul, Korea Selatan. Keputusan penjujukan DNA yang diperolehi menunjukkan RV-Merah yang mempunyai 793 pasangan bes DNA. Walau bagaimanapun, RV-Sebelah tidak berjaya dijujukkan. Analisa lanjut menunjukkan bahawa RV-Merah bukan merupakan retrovirus endogenus. Oleh itu, objektif kajian gagal dicapai.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: reverse transcriptase, protease, DNA extraction, Sabah marine fish, plasmid digestion
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 25 Apr 2014 00:47
Last Modified: 13 Oct 2017 03:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8846

Actions (login required)

View Item View Item