Kesan asid absisik terhadap regenerasi kelapa sawit daripada kalus

Yew, Chee Wei (2007) Kesan asid absisik terhadap regenerasi kelapa sawit daripada kalus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002183.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif projek ini adalah mengkaji kesan asid absisik ke atas embriogenesis somatik kelapa sawit daripada kalus. Embrio pramatang berumur 3-4 bulan dan daun muda dari pokok berumur 25 bulan digunakan sebagai eksplan untuk pengaruhan kalus. Embrio pramatang dikulturkan pada media MS yang mengandungi 2.0 mg/L 2,4-0 dan 0.4 mg/L NAA. Daun muda pula dikulturkan pada media MS yang mengandungi 1.0 mg/L 2,4-D dan 5.0 mg/L NAA. Selepas satu bulan dikulturkan pada media pengaruhan kalus, kalus dipindahkan ke media embriogenesis somatik yang mengandungi kepekatan asid absisik dalam lingkungan 0-10 μM. Kalus tidak terbentuk pada embrio pramatang selepas satu bulan dikulturkan pada media pengaruhan kalus. Hanya sebilangan kecil embrio membentuk kalus selepas tiga bulan. Kadar dan kecenderungan pembentukan kalus pada daun muda adalah bergantung kepada lokasi daun muda dari meristem daun yang terletak di bahagian basal batang pokok. Peratusan daun yang paling muda membentuk kalus selepas 7-14 hari ialah 98.6±3.6% manakala hanya 28.5±16.9% daun muda yang lebih tua membentuk kalus nodular selepas tiga bulan. Kalus yang dirawat dengan semua kepekatan ABA tidak bertumbuh atau membeza untuk membentuk kalus embriogenik atau embrio somatik selepas dua bulan. Kebanyakan kalus yang dirawat dengan 0.0, 2.0 dan 4.0 μM ABA membentuk struktur filamen yang tidak membeza untuk membentuk kalus embriogenik atau embrio somatik. Kalus yang dirawat dengan 6.0, 8.0 dan 10.0 μM ABA tidak bertumbuh dan tidak membeza. Sebaliknya, kalus menjadi perang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: abscisic acid, somatic embryogenesis, oil palm, callus induction medium
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 25 Apr 2014 06:08
Last Modified: 13 Oct 2017 03:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8859

Actions (login required)

View Item View Item