Analisis kualiti perkhidmatan institusi kewangan cawangan Kota Kinabalu, Sabah

Aidatulakma Mohd Amin, (2006) Analisis kualiti perkhidmatan institusi kewangan cawangan Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002184.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan oleh institusi kewangan secara khususnya di cawangan Kota Kinabalu. Kajian ini difokuskan kepada tiga buah institusi kewangan yang beroperasi di Kota Kinabalu, Sabah. Institusi kewangan yang terlibat ialah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di Wisma Muis, Bank Bumiputra Commerce Berhad (BBCB) di Api-Api Centre dan Malayan Banking Berhad (Maybank) di Karamunsing. Bagi menyempurnakan kajian ini, responden kajian ini adalah terdiri daripada pelanggan Bank Islam, BCB dan Maybank. Para responden ditemubual dan diterangkan terlebih dahulu mengenai kajian yang dibuat. Proses ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang mengajukan pertanyaan yang berbentuk tertutup dengan pilihan jawapan lima titik skala Likert. Borang soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, Bahagian A adalah demografi, Bahagian B adalah tahap kepentingan dan Bahagian C adalah Tahap Kepuasan. Melalui data yang diperoleh melalui borang soal selidik ini, objektif kajian ini mensasarkan untuk mengulrur tahap kepuasan keseluruhan para pelanggan dan menentukan faktor yang dapat menyumbang kualiti perkhidmatan bank tersebut. Analisis yang telah dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah item multi berpemberat dan analisis varian satu hala, dan ujian t. Secara keseluruhannya, didapati para pelanggan bagi BCB, Maybank dan Bank Islam tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan terutamanya perkhidmatan yang berkaitan dengan dimensi tangibles.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: service quality, financial institution, tangibles section, Likert scale point
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 06 May 2014 06:02
Last Modified: 13 Oct 2017 03:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8860

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository