Potensi pelancongan alam semulajadi di Kelantan: Satu tinjauan

Norzaima Shaari, (2007) Potensi pelancongan alam semulajadi di Kelantan: Satu tinjauan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002190.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengumpul maklumat yang sedia ada tentang pelancongan alam semula jadi di negeri Kelantan untuk mengetahui status pelancongan alam semula jadi di Kelantan berbanding Sabah. Objektif kedua kajian ini ialah mengenalpasti produk produk pelancongan alam semula jadi yang ada di Kelantan iaitu landskap, flora, fauna dan budaya manusia. Kajian ini dijalankan dengan berdasarkan pemerhatian kerja lapangan, temu ramah menggunakan soal selidik, dan juga temu bual dengan pihak-pihak yang berkaitan. Daripada kajian, didapati bahawa kemajuan dalam pelancongan alam semula jadi di Kelantan masih kurang berbanding Sabah. Namun begitu, masyarakat setempat telah bersetuju untuk melibatkan diri dalam industri ini. Hasil kerja lapangan menunjukkan untuk keseluruhan negeri Kelantan, landskap merupakan produk pelancongan yang paling menarik contohnya air terjun yang paling tinggi di Asia Tenggara iaitu di Gunung Stong Tetapi terdapat flora yang mampu menarik pelancong asing iaitu Rafflesia kerrii di Tanah Tinggi Lojing. Kesimpulannya, produk-produk pelancongan di Kelantan perlu diberi perhatian dan dipromosikan dengan sebaik mungkin agar setanding dengan negeri-negeri lain khususnya negeri Sabah

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Kelantan, nature tourism, landscape, potential of tourism product
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 06 May 2014 06:07
Last Modified: 13 Oct 2017 03:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8867

Actions (login required)

View Item View Item